Wednesday, September 29, 2010

Rindu



"Oh Bulan bisikkan pada DIRInya di sana
Betapa aku rindu padanya
Aku inginkan saat-saat seperti nan lalu
Aku tidak mahu saat-saat itu pergi
Aku rindu saat di mana DIRInya selalu menemaniku
Aku tidak mahu semua itu berubah ... aku tidak mahu bulan
Aku inginkan saat-saat itu kembali kepadaku
Dan bila saat itu datang lagi, takkan kulepaskan ia pergi
Akan kupeluk erat saat itu didadakapanku
Oh Bulan
Katakan pada DIRInya juga, biarpun ombak menghempas ke pantai
dan pantai akan berubah
tapi CINTA dan RINDU kupadanya tak pernah berubah
Dari hari pertama DIA datang padaku, walaupun kini DIA jauh dariku
Oh Bulan
DIA terlalu jauh dariku...terlalu jauh
Oh Bulan
Tolong sampaikan padanya
Kata MAAF dariku
Kerana menjadi KEKASIH yang tidak sempurna
Aku bukan kekasih yang sempurna
Maafkan aku

Monday, September 27, 2010

Sahabat Lama



Seronoknya bila bertemu sahabat lama. Masa saya bawa Danish ke Tesco petang tadi, saya terjumpa sahabat lama saya masa di sekolah menengah dahulu. Dia senior saya dan secara kebetulan dia juga adalah kakak angkat kepada kawan baik saya. Jadi hubungan saya dengannya masa di sekolah dahulu memang tersangat-sangat akrab dan sayalah yang akan menjadi orang tengah antara dia dan kawan baik saya. Kalau mereka bergaduh pun, sayalah tempat mereka berdua meluahkan masalah dan menjadi tempat rujukan. ^_^ Oh, ya lupa pula saya nak perkenalkan nama kakak ni, saya panggil dia Kak Jaaz sahaja. Dia ni kuat bersukan. Acara lumba lari dan lompat jauh. Saya selalu teman dia berlatih sukan. tapi cuma teman jer. Saya memang tak aktif sukan kecuali bermain bola baling.

Yang paling mengejutkan, dia dah punya anak. Yang besar dah berumur 4 tahun. Wah hebat tu. Saya pula macam biasalah terkena soalan cepu emas. "Dah kawin ke?" , "Ini anak ke?" (kebetulan saya bersama Danish ... hahaha soalan yang cukup malas saya nak jawab.

Seronok tak terkira bila berjumpa teman lama. Teringat kembali zaman sekolah yang paling indah. Cuma mak kepada kawan saya dah tak ingat saya lagi. Puas saya bagi tahu nama saya. Tapi dia dah lupa. Mak cik, saya selalu datang umah mak cik lepas sekolah. Saya siap makan tengah hari lagi kat umah mak cik, kadangkala hampir tiap-tiap hari. Kadangkala saya siap tidur lagi kat umah mak cik, bila petang baru saya balik umah. Tapi ialah dah berbelas-belas tahun tak jumpa, sedikit sebanyak wajah dah berbeza begitu juga dari segi gaya dan penampilan. Tapi mak cik, saya tak pernah lupakan mak cik dan kawan saya ni. Setiap kali lalu di depan jalan menuju ke arah rumah mak cik sure teringat. Tapi segan nak cari. Nombor telefon pun tak ada. Alhamdulillah buat sesekian lamanya kita berjumpa semula. Terima kasih yer mak cik sebab pernah melayan saya dengan baik sewaktu saya datang ke rumah mak cik. Buat kawan saya, persahabatan kita adalah cukup indah. Walaupun kita cuma bersama selama 3 tahun iaitu sejak saya tingkatan 4 hingga saya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 atas, tetapi banyak kisah suka duka, pahit manis kita lalui bersama. Belajar sama-sama dan berusaha untuk mencapai cita-cita kita. Alhamdulillah impian kita tercapai. Kak Jaaz, terima kasih atas persahabatan.

Danish oh Danish

Semalam dalam jam 9.30 malam, adik saya, Ana pulang ke rumah dari Grik. Sudah pasti rumah saya yang sunyi sepi kembali riuh rendah suara Pa dan baby Ara. Tetapi Danish memang dah tidur masa dah sampai. Jadi tidurnya memang sampai ke pagi. Jenuh saya mengusiknya supaya dia bangun, tetapi matanya tetap tertutup. Letih agaknya. Malam itu saya tidur dengan Danish dalam dakapan saya. Pa pula tidur dengan ayah dan maknya. Pa, manja ayahnya. tak leh berlekang langsung dengan ayahnya.

Danish pagi-pagi memang merajuk dengan saya. Entahlah sejak hari tu memang dia merajuk. Jenuh saya memanggilnya tapi buat bodoh jer. Bila saya peluk, mulalah meronta dan merengek. Sudah pasti ada perkara yang dia kecil hati ngan saya. Danish memang selalu merajuk dengan saya. Kalau dia balik, kalau saya tak sambut dia kat muka pintu, tengoklah muka dia, kelat jer. Begitu juga bila saya sambut atau peluk Pa atau baby Ara dulu , alahai tengoklah, sure dia akan lari kalau mawar nak cium atau peluknya. Marah memang tak boleh. Lagilah ... tapi paling best dengan saya je dia selalu macam tu. Mak selalu kata "Itu semua ikut perangai mak long dia" hahaha ya ke Danish ... tak apalah, janji mak  long tahu Danish sayang dengan mak long.

Sudah hampir jam 11 pagi baru Danish ok dengan saya. Dah ok, barulah tak berlekang. Makan kat sebelah kerusi mak long, gi kedai ikut mak long, ke mana-mana ikut mak long. Masa saya tidur petang tadi, tiga hingga empat kali Danish masuk ke bilik saya, bisik di telinga saya "Mak Long, bowling". Yang saya ni mata memang dah melekat, memang dah tak boleh nak buka, ngantuk sangat, semalam 3 pagi baru saya tidur. Mula-mula saya bagilah alasan, tapi kasihanlah pula. Dalam ngantuk-ngantuk tu saya, bangun, mandi bawa dia ke Tesco.

Sebenarnya Danish dan adiknya Pa memang suka ke Tesco. Kat Tesco ada tempat permainan untuk budak-budak. Kat sinilah dia suka main bowling atau main benda-benda lain. Kalau nak bawa, kena sedialah duitnya. Bukan nak main satu atau dua permainan hehe .. faham-faham ajerlah budak-budak. Kerana kasih sayang semua permintaannya saya ikut. Itupun tengok juga, kalau ada duit, kalau tengah pokai hehe maaflah yer ...

So kat sini saya letak gambar Danish yang saya sempat ambil. Gambar Pa tak ada. Sebab kebetulan adik saya datang kemudian ke Tesco, jadi adiknya Pa mengikut maknya. So cuma Danish jer lah dengan saya tadi. Lepas main, nampak pula belon upin dan ipin, merengek nak belon huhuhuhu .... nak beli satu, nanti bergaduh plak dengan Pa, jadi belilah dua belon, satu Upin dan satu lagi Ipin. Budak berdua ni peminat setia Upin dan Ipin. Pantang nampak, sure nak punya hehe ^_^

So tamatlah citer saya ngan cinta hati saya. Cuti hari ni memang melayan mereka berdua.

Lebarnya senyuman Danish ... seronok ya

Besarnya motor Danish

Sunday, September 19, 2010

Lirik lagu Maha Melihat - Opick feat. Amanda (OST Manohara)

Saya suka lagu ni. Pasti menitis air atau bergenang air mata bila mendengarnya. Arghhh ...kalau perempuan tetap perempuan juga, hati cepat tersentuh, jiwa begitu lembut walaupun nampak keras seperti batu.


seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya

reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

Friday, September 17, 2010

Puasa Sunat

Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun

Lebaran Topat (II)

Artikel ini diambil daripada laman web http://melayuonline.com/ind/culture/dig/1759

1. Asal-Usul
Seminggu setelah melaksanakan Lebaran Tinggi (hari raya Idul Fitri), masyarakat Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia mengadakan Lebaran Topat (hari raya ketupat). Lebaran Topat merupakan penutup dari pelaksanaan puasa Sunnah Syawal yang dilaksanakan sejak tanggal 2 sampai 7 Syawal. Dalam masyarakat Lombok, Lebaran Topat juga dikenal dengan sebutan Lebaran Nine (lebaran wanita). Sebutan Lebaran Nine pada hari raya ketupat merupakan cara masyarakat Lombok untuk membedakan dengan Lebaran yang diadakan setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan yang disebut Lebaran Mame (lebaran pria).
Di Lombok, walaupun puasa Syawal merupakan puasa Sunnah, banyak orang terutama yang berusia di atas 40 tahun baik laki-laki maupun perempuan, dan ada juga para remaja, yang berpuasa. Sedangkan bagi kaum ibu yang pada bulan Ramadan tidak berpuasa karena datang bulan (haid), biasanya juga mengganti puasanya pada awal bulan Syawal karena pahalanya akan berlipat ganda, pahala puasa wajib dan pahala puasa Sunnah.
Oleh karena banyak masyarakat Lombok yang melaksanakan puasa Sunnah, sekitar pukul 03.00 WITA banyak masjid yang secara rutin tetap membangunkan masyarakat dari tidurnya melalui pengeras suara untuk makan sahur, seperti pada saat bulan Ramadan. Setelah enam hari berpuasa Sunnah, masyarakat merayakannya dengan menyelenggarakan Lebaran Topat. Dengan kata lain, orang yang berhak merayakan Lebaran Topat adalah mereka yang melaksanakan puasa Sunnah.
Seiring dengan berjalannya waktu, Lebaran Topat tidak hanya dilakukan oleh mereka yang berpuasa tetapi oleh semua masyarakat Lombok. Lebaran Topat tidak lagi sebagai ritual keagamaan eksklusif orang yang berpuasa, tetapi juga oleh orang yang tidak berpuasa. Oleh karena Lebaran Topat telah menjelma menjadi tradisi masyarakat Lombok, maka perayaannya terkadang lebih meriah dari perayaan Idul Fitri.
Setelah terjadi perubahan dari sekedar ritual keagamaan pasca puasa Sunnah menjadi tradisi kultural masyarakat, perayaan Lebaran Topat tidak hanya dirayakan dengan selamatan tetapi juga dirayakan dengan melakukan rekreasi ke sejumlah objek wisata, khususnya pantai. Lebih lanjut, seiring upaya pemerintah menjadikannya sebagai media untuk menarik wisatawan, tidak mustahil Lebaran Topat pada akhirnya akan menjadi sekedar festival tahunan masyarakat Lombok yang kehilangan nilai-nilai kesakralannya.
2. Waktu dan Tempat Pelaksanaan
Lebaran Topat diadakan seminggu setelah perayaan Shalat Idul Fitri. Adapun tempat yang digunakan oleh masyarakat Lombok adalah:
  • Rumah, sebagai tempat melaksanakan selamatan.
  • Masjid. Biasanya beberapa keluarga yang berada di sekitar masjid mengadakan acara selamatan secara bersama-sama.
  • Makam Keramat. Masyarakat Lombok mengunjungi Makam Keramat setelah melakukan ritual selamatan di rumah atau masjid. Makam keramat yang biasanya dikunjungi adalah Makam Loang Baloq dan Makam Batu Layar.  
  • Objek wisata. Objek wisata yang menjadi tujuan favorit masyarakat Lombok untuk merayakan Lebaran Topat adalah Pantai Senggigi, Pantai Batulayar, Krandangan, Pantai Segara, Pantai Ampenan, Pantai Mapak, Pantai Skip, Pantai Cemara dan Pantai Induk, Taman Narmada, Taman Suranadi, dan Makam Loang Baloq.
3. Peralatan
Peralatan yang dibutuhkan untuk merayakan Lebaran Topat adalah:
  • Ketupat (Topat), yaitu beras yang dibungkus dengan janur dan kemudian direbus. Ketupat merupakan hidangan utama dalam Lebaran Topat.
  • Beras, digunakan sebagai isi ketupat.
  • Janur, digunakan sebagai pembungkus beras.
  • Sirih untuk besembek, sirih yang sudah dikunyah lalu dioleskan di kening.
  • Air dari Lingkok Mas (sumur/sumber mata air).
  • Kembang setaman
  • Dulang sanganan (tempat makanan).
  • Dulang pesaji topat (tempat menyajikan ketupat)
  • Dulang penamat,  berisi topat di tengah talam dilengkapi minimal sembilan macam lauk-pauk
  • Lauk-pauk seperti: sambel nyiuh, pelalah dan sit-sit jejeruk.
Untuk dapatkan bacaan lanjut boleh tengok laman web di atas. Klik jer ... tapi rasanya kena jadi ahli dulu kot baru leh baca artikel penuhnya.

Lebaran Topat

Saya terbaca status seorang teman di dalam facebook berkaitan dengan Lebaran Topat. Tertanya-tanya saya apakah yang dimaksudkan dengan perayaan itu, mengapa ia disambut dan bagaimana ia disambut. Akhirnya setelah mencari maklumat menerusi website barulah saya tahu apakah yang dimaksudkan dengan lebaran topat.

Baru saya tahu bahawa Lebaran Topat ini diraikan selepas melakukan puasa sunat 6 hari. Biasanya masyarakat Lombok ini akan mengadakan puasa sunat pada hari raya kedua. Dan selepas selesai 6 hari berpuasa sunat barulah mereka meraikan Lebaran Topat. Barulah saya ingat kata teman saya yang berasal dari sana, katanya seluruh ahli keluarganya berpuasa sunat pada hari raya kedua. Saya ingat hanya keluarganya sahaja. Rupanya sudah menjadi tradisi bagi masyarakat di Lombok berpuasa sunat pada hari raya kedua dan apabila sudah genap 6 hari, mereka akan meraikan hari lebaran ini.

Sebenarnya cukup indah kalau kita mengetahui tentang budaya dan masyarakat yang berbeza dari kita. Banyak bezanya. Dan cukup menarik untuk dikaji dan diperhalusi. Dan sekurang-kurangnya dengan mengetahuinya, saya boleh menambah pengetahuan saya tentang budaya dan masyarakat sesuatu tempat. Tambahan sekarang pun saya memang mengajar serba sedikit tentang budaya dan masyarakat kepada pelajar-pelajar saya. Mungkin satu hari nanti boleh digunakan.

Dalam banyak-banyak website yang saya gi, saya dapat maklumat yang jelas tentang Lebaran Topat dari laman web http://melayuonline.com. Bukan setakat tentang Lebaran Topat sahaja tapi banyak informasi lain yang boleh didapati.

Sekian dahulu entri saya kali ni. Jangan lupa baca entri berikutnya yang  saya ambil dari laman web http://melayuonline.com.

Biskut Nestum


Ini adalah biskut kedua yang saya buat. Resepi memang saya cipta sendiri. Tak tengok buku. Kalau nampak dari rupa memang macam tak best jer kan ... ^_^ tapi jangan menilai sesuatu dari rupanya. Kadang-kadang rupa jer cantik, tapi rasanya belum tentu secantik rupanya.

  • 2 cawan marjerin/ planta
  • 2 cawan gula aising
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • 3 sudu susu
  • Perisa vanilla
  • Nestum
  • Badam cincang
  • Serbuk koko
  • Telur
  • Ceri/ Coklat Rice/ atau apa-apa sahaja sebagai hiasan

  • Masukkan marjerin dan gula aising (kacau hingga kembang)
  • Masukkan sebiji telur (hanya ambil kuningnya), perisa vanilla, 3 sudu susu (kacau hingga kembang)
  • Setelah itu masukkan nestum dan badam yang yang telah dicincang, bubuh sedikit serbuk koko (kacau hingga sebati)
  • Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh
  • Tekapkan dengan acuan (ikut kegemaran anda)
  • Sapukan kuning telur di atasnya dan letakkan hiasan (ikut kegemaran)
  • Masukkan ke dalam ketuhar
  • Dan hasilnya adalah seperti di atas  ^_^

Biskut Badam

Biskut Badam 

Resepi ni saya buat sendiri. Tak tiru mana-mana. Saya ni suka memasak, nak kata handal memasak tu tak lah, tapi alhamdulillah apa yang saya masak tu boleh la di makan, tak manis, tak pahit, tak masam ... hehe ... Cuma saya ni malas jer sikit ... hehe ...

Sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ni saya cuma buat 2 jenis biskut raya sahaja. Tak sempat nak buat banyak-banyak, sebab sibuk jaga peperiksaan dan menyemak kertas soalan.

So saya malas nak coret banyak-banyak kat sini. Ni resepi biskut badam. Walaupun buat sendiri tapi dengar dari tetamu yang datang, katanya sedap dari biskut beli. My sister pun kata cam gitu. Ayang, kawan fb saya pun kata gitu ^_^ hehe bukan nak puji diri sendiri tapi hakikatnya ... memang sedap agaknya ...


  • Dua cawan marjerin/ planta
  • 1 cawan minyak sapi
  • Tepung Serbaguna 
  • Badam halus
  • Badam yang dicincang
  • Dua cawan gula aising
  • Perisa Vanila
  • Telur (diambil kuning sahaja)
  • Masukkan marjerin dan gula aising ke dalam mangkuk (kacau sampai kembang)
  • Masukkan minyak sapi (kacau sampai kembang)
  • Sebiji telur (hanya diambil kuningnya sahaja) dan perisa vanilla (kacau sehingga kembang)
  • Selepas itu, campurkan bahan-bahan tadi dengan badam halus.
  • Masukkan tepung serbaguna. Uli sehingga dia menjadi doh
  • Biarkan dalam 10 minit
  • Tekap mengikut acuan kesukaan anda

  • Setelah ditekap dengan acuan, sapukan kuning telur di atasnya
  • Letakkan badam yang telah dicincang
  • Masukkan ke dalam ketuhar
  • Hasilnya seperti gambar di atas ^_^

The Story Begin



Everybody need friends.
People whom we can communicated with.
But who can consider as friends?
Friends whom we spend time at the coffee shop?
Friend whom we work with?
Friends whom we hang out with?
School friends or our childhood friends
There no prejudice
No difference
And no competition.
Until one day when we open up our eyes
And realize that the world is not as it seems.
It's not problem to make friends nowadays.
We don't have to leave our homes.
We don't even have to leave our seats.
We just need to sit in front of the computer and hit some key on the keyboard.
We have some thing in common, it does matter if we don't agree of thing.
It does not matter if we don't know each other.
We have to accept the risk as friendship is one journey which is full of certainties.
We continue the journey in our search for friends and companion to fill the emptiness,
without realize that they are right in front of us.
Waiting for us find each other.
Only time can tell the direction of a friendship.
A written in letter receive from friends near or far,
we move from one piece to another,
bringing along sweet memories.
And hope which want to share.
Like speck of dust blowing in the wind,
search for certainties and direction for our future.

Thursday, September 16, 2010

Reunion, Batch 1995 dan 1997



Assalamualaikum semua...

Jam 7 lebih baru saya pulang setelah bertemu dengan kawan-kawan. Janjinya jam 3 petang tadi. Perjumpaan semula dengan rakan-rakan sekolah. Ada yang hampir 15 tahun tidak berjumpa. Ada yang banyak berubah, ada yang masih sama dan ada yang makin bertambah cantik ... hehe ... cuma  saya sahaja yang tidak ada perubahan, tetap sama. Perjumpaan ini pun hanya dirancang disaat akhir, hasilnya 13 orang sahaja yang hadir. Walaupun hanya 13 orang sahaja, saya tetap bahagia. Kecohnya bagai nak pecah pizza hut tu. Sempat jugalah saya melihat orang lain yang datang makan di situ. Ada yang memerhatikan kumpulan kami dengan satu pandangan yang lain ... tapi nak buat macam mana, dah lama tak jumpa ... pelbagai cerita. Muka sahaja yang berbeza tetapi perangai tetap sama, tetap gila dan kecoh seperti dulu.

Seronoknya tidak terkira. Saya bersyukur sangat-sangat kerana masih boleh ketemu dengan teman-teman  lama ini. Zaman sekolah yang sangat indah sekali. Sukar dilupakan. Alangkah indahnya kalau waktu itu boleh diputarkan semula.

Keseorangan

Jam sudah tepat jam 12 tengahari. Saya keseorangan di rumah. Mak dan adik-adik dah pergi ke rumah pak cik. Pak cik buat rumah terbuka hari ni untuk seluruh ahli keluarga. Makan-makan di rumahnya. Saya tidak pergi, kerana pak cik lambat memberitahu, saya sudah ada janji temu dengan kawan jam 3 nanti. Sebenarnya saya cukup bahagia dengan keluarga saya. Keluarga saya jenis yang riuh rendah. Kalau berkumpul ada sahaja yang dibual. Ceritanya pelbagai. Selalunya akan saya gelar persidangan parlimen kalau sudah cukup ahli-ahlinya.


Saya masih mengadap komputer. Inilah kerja saya, sejak dari dulu. Komputer dan diri  saya memang tidak dapat dipisahkan.Sejak dari dulu lagi, komputer saya adalah teman saya, dunia saya. Saya tidak seperti orang lain, punya waktu senggangnya, bersosial dengan teman-teman ... dunia saya hanya rumah dan pekerjaan. Kalau keluarpun hanya untuk membawa emak atau makcik atau membeli barang, dengan kawan, itupun jarang sekali. Bila hari cuti, celik jer biji mata, komputer yang akan dipasang dahulu. Dan komputer akan dipasang sepanjang hari. Sambil nonton tv saya leh layan komputer lagi, apatah lagi memasak, mengemas rumah ataupun mengadap kerja-kerja yang lain.

Teringat kata DIA kepada saya dulu waktu mula-mula perkenalan kami, "Awak ni sombong, asyik berladang sahaja" ... hahaha ... ia  saya asyik berladang ... aduhhh berladang di dalam komputer saya. Itulah hobi saya, main games kat facebook. Kira sekarang dah kuranglah sikit sebab saya hanya berladang di Farmville sahaja. Kalau dahulu dengan bela ikannya, buka cafe dan macam-macam lagi. Jenuh nak main. Kalau terlupa nak bagi makan, alamat tercungap-cungap ikan saya kelaparan ... hehe ... tapi sekarang tak sangat. Sejak saya kenali DIA dalam hidup saya. Sekarang juga saya cuba mempelajari banyak bahasa Indonesia. Kadangkala bila berbual dengan teman-teman saya di fb, saya perasan lenggok bahasa saya banyak yang dah tertukar ... hehehe... tapi apa-apa pun aku tetap cintakan bahasaku, budayaku, negaraku.Bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Bahagianya



Assalamualaikum dan selamat pagi semua ...

Alhamdulillah pagi ni saya masih bisa menghirup udara nyaman. Terima kasih kepadaMU Ya Allah, kerana masih memanjangkan nyawa saya. Membolehkan saya menjalani kehidupan di muka bumi ini dan terus bersujud kepadamu.

Rumah saya pagi ni riuh rendah. Semalam dua orang anak buah kesayangan saya pulang. Saya sedikit merajuk dengan mereka. Mereka berlari-lari bila aku ingin memeluk mereka. Tak tahukah merekah bahawa saya terlalu menyayangi mereka. Tapi saya ni pun teruk juga, dengan budak kecil pun mahu merajuk... hahaha ... sebenarnya mereka cuma ingin bermain-main dengan saya. Bila saya tak endahkan, Danish datang kepada  saya duduk di atas riba saya. Saya tahu dia sayang kepada saya. Saya sering bertanya kepadanya, "Berapa banyak sayangnya pada saya" dan dia akan menunjukkan dengan tangannya betapa banyaknya sayangnya pada saya.

Alhamdulillah saya masih boleh menumpang kasih sayang anak-anak buah saya Merekalah segalanya buat saya. Cinta hati saya. Sebenarnya kalau ikutkan rasa hati, dah lama  saya teringin nak punya anak. Seronok sangat apabila budak-budak kecil dan mendengar suara mereka memanggil kita 'ibu'. Insya Allah, kalau ada rezeki saya untuk berkahwin dan punya anak suatu hari nanti, saya nak anak saya memanggil saya dengan gelaran 'ibu'. Suka sangat dengan gelaran ibu dari panggilan mama, mummy atau lain-lain. Rasa sejuk perut kalau ada yang memanggil kita ibu. Untuk bakal suami saya pula, terpulanglah pada dia, mahu anaknya memanggil apa. Tetapi saya suka dengan panggilan 'ayah'... hahaha ... berangan sahaja saya ni dipagi hari ni.

Akan adakah keadaan seperti itu buat saya? Dapatkah saya  membina keluarga saya sendiri nanti? entahlah ... jodoh semuanya di tangan Allah. Dia yang menentukan segalanya. Jodoh, maut, pertemuan dan perpisahan.

Wednesday, September 15, 2010

Mawar


Mawar adalah bunga kesukaan saya. Saya masih ingat lagi ketika zaman remaja, saya selalu mengumpul bunga mawar dan memetik bunga mawar lantas diletakkan di dalam pasu atau dikeringkan di dalam buku menjadi penanda buku. Walaupun sudah kering, tetapi ia cukup cantik untuk dipandang. Baunya masih ada walaupun sudah kering. Dan ketika zaman remaja, bunga mawar sering menjadi tanda persahabatan di antara saya dan teman-teman terutama sekali mawar merah, kuning dan putih. Tak kira apa sahaja aktiviti, bunga mawar pasti dihulurkan tanda persahabatan dan tanda kasih sayang antara kami.

Mawar merupakan bunga yang sangat cantik, harum, dan indah dipandang, setiap orang pasti suka dengan baunya tapi hati-hati juga kerana mawar banyak durinya. Kalau terkena durinya, sakitnya tidak terkira. Mawar kalau dijaga dengan betul, ia cukup indah dan akan mekar mewangi, tetapi kalau tidak dijaga dengan betul, pastinya ia akan cepat layu. 

Bunga mawar juga sering dijadikan sebagai alat komunikasi yang biasanya mengambarkan perasaan ke seseorang. warna bunga mawar memiliki makna tersendiri, contohnya adalah ketika kita mengungkapkan perasaan cinta terhadap seseorang kita, maka kita mengungkapkannya dengan memberikan bunga mawar merah ini malah kesannya lebih istimewa. Namun bunga mawar pun masih memiliki banyak makna, tergantung pada berapa banyak tangkai bunga juga jenis atau warnanya. :
  1. Mawar Merah →yang melambangkan cinta pada pandangan pertama atau untuk mencintaimu.
  2. Mawar Putih →yang melambangkan cinta suci / kesucian.
  3. Mawar Hitam → yang melambangkan kamu adalah obsesiku.
  4. Mawar Kuning → yang melambangkan simbol persahabatan.
  5.  
Sejak saya meninggalkan zaman sekolah, saya jarang menerima bunga mawar lagi. Cuma dua kali sahaja yang pernah  saya terima iaitu masa konvokesyen saya di peringkat Ijazah dan Sarjana. Ibu saya yang memberi kepada saya. Mawar merah.

Alangkah indahnya kalau ketika ini ada yang memberi saya mawar merah tanda cintanya pada saya ... hehe ... beranganlah saya ni ... tapi akan adakah keadaan seperti itu. Entahlah ... hehe .....

Salam Perkenalan



Assalamualaikum semua ....

Ini adalah catatan saya yang pertama. Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan kata-kata atau bicara di sini. Sedangkan ketika saya belum buat blog ini, banyak perkara yang bermain diminda dan banyak perkara yang telah dirangka di fikiran. Tetapi apabila saya duduk dihadapan komputer ini, saya terpaku, tangan saya kaku, otak saya buntu sama sekali.

Tapi yang pastinya, tujuan saya membuat blog ini adalah menulis kisah-kisah  saya pengalaman hidup saya yang tidak seberapa ini. Dunia saya kecil sahaja, rumah, kerja dan pulang ke rumah semula. Teman-teman saya pula ramai yang sudah bekeluarga dan ada sesetengah perkara saya tidak boleh berkongsi dengan mereka yang saya kenali di luar sana.

Salam perkenalan dari saya. Mungkin ada cerita kita hampir sama, mungkin juga sama, dan mungkin juga ada cerita kita yang berbeza sama sekali. Dan inilah dunia saya, kehidupan saya ....

"Aku ingin menjadi mawar merah, yang cantik dan harum baunya. Wanginya mawar yang bisa membahagiakan"