Sunday, November 21, 2010

Pokok Cabai


Assalamualaikum ...

Hari Ahad datang kembali. Tinggal saya dengan adik di rumah. Mak hari ini bekerja. Sudah puas saya melarang mak bekerja lebih masa tetapi macam-macam alasan yang diberikannya kepada saya.

Hari ni juga, genap 3 hari saya bercuti. Bosan sangat. Saya menghabiskan waktu cuti saya dengan duduk di rumah. Mengadap komputer menyiapkan nota-nota dan menyemak kertas jawapan dan juga study. Rutin yang sama setiap hari walaupun hari bekerja. Cuma petang sabtu semalam, saya pergi ke rumah opah dan tok. Memang setiap petang Sabtu dan Ahad saya akan menghabiskan masa di rumah opah dan tok. 

Masa saya datang semalam, saya tihat tok saya sedang sedang mengadap pokok cabainya. Hmmm ... sayang betul tok saya dengan pokok cabainya. Tok sedang menyembur racun serangga pada semut-semut yang hinggap kat dahan pokok. (Sebenarnya opah tak bagi tok sembur racun sebab takut pokok tu mati, tapi  tok geram melihat semut-semut yang merosakkan daun-daun cabai) Bercakap tentang pokok cabai ni, saya lihat tok memang menjaga pokoknya ini dengan penuh kasih sayang, umpama menjaga anaknya sendiri. Kadang kala saya suka melihat gelagat tok. Dia akan duduk lama memerhatikan buah cabainya. Tok tak akan petik selagi betul-betul  tak masak. Tok kata, dia suka melihat buah-buah cabai yang banyak tu. Tok lebih rela menyuruh saya membeli cabai di kedai dari memetik cabainya.

Dan semalam sempatlah saya menangkap gambar-gambar pokok cabainya kesayangan tok.




P/s: setiap dari kita pasti ada hobi masing-masingkan. Ingat dulu waktu sekolah, bila cikgu tanya, 'apa hobi anda?' dan saya pasti akan menjawab 'kumpul stem, cikgu' ... hmmm ... tapi banyak ke stem yang saya kumpul? hehe ... tepuk dada tanya selera ... hehe ^_^

Friday, November 19, 2010

Selamat Pagi

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Hari ni saya kembali setelah beberapa minggu menyepi dari dunia blog. Kesibukan dengan pekerjaan membuatkan saya terpaksa menghadkan waktu saya di sini. Dan apabila ada waktu-waktu terluang saya lebih suka mengadap FB, mengadap games (berladang, apa lagilah kerja saya) untuk merehatkan minda dan berbual bersama sahabat-sahabat saya di FB terutama Yoyam, Ilana, Fahris, Izal, Rahma, Ayang, Udin dan ramai lagi.

Pagi Jumaat ini cukup tenang dan indah. Jam 6.40 pagi saya menghantar emak ke tempat kerja. Melihat keindahan alam di waktu pagi memang menggembirakan hati saya. Hari ini saya bercuti. Habiskan cuti tahun. Pantas sekali masa berlalu. Hanya tinggal sebulan lebih lagi dan kita semua akan meninggalkan tahun 2010. Begitu juga usia kita, meningkat dari setahun ke setahun dengan cepat sekali. Pejam celik, pejam celik , hari sudah bertukar, masa sudah berganti. Bak kata pepatah, 'rumah kata pergi, kubur kata mari'. Tapi amal ibadat saya, adakah makin bertambah? Hmmm ... masih banyak kekurangan lagi. Insya Allah saya akan cuba perbaiki. Kebahagiaan yang saya kejar bukanlah kebahagiaan di dunia sahaja tetapi di sana (akhirat) tempat kita yang kekal abadi.

Apa aktiviti saya hari ini? Entahlah, saya pun masih belum pasti lagi. Cuma sebentar lagi saya mahu keluar, pergi EON Bank. Ada sedikit urusan di sana. Lepas itu, cadangnya ingin mengadap kertas-kertas latihan dan ujian pelajar-pelajar. Kerja yang tak pernah selesai. dari tempat kerja hingga ke rumah hingga ke hari cuti. Hmmm ... jangan merungut ya. Terima semuanya dengan ikhlas. 

Saya berhenti dahulu. Nanti saya sambung, perut dah berbunyi, minta diisi ... badan pun dah ada bau-bau kambing ... hehe ... ehhh iya ke??? arghhh mana ada? wangi aja .... ^_^