Wednesday, April 27, 2011

Jangan Malas!!! Jangan Malas!!!


Semester dah nak buka tetapi saya malas ... huhhhh apa kerja pun saya tak buat .... Waduhhhh!!!! Bangun!!! Bangun!!! Mesti semangat!! Jangan malas!!!! 

Apa nak jadi dengan saya!!! Kena ada rotan kat sisi saya agaknya. Pukul tapak tangan sendiri bila malas ^_^ ... huhhhh teringat zaman belajar dulu, Masa sekolah menengah, Puan Khatijah suka cubit kat pusat ... "sakitlah, cikgu" .. ^_^ ... masa sekolah rendah, ustaz selalu tarik kelopak mata. Tetapi saya tak pernah kena, budak lelaki yang kena ... hehe ...

Start esok, saya mesti siapkan semua kerja!!! hehe ... tengok ler nanti kalau rajin ...^_^ hmm... nakalnya saya ni ^_^


Catatan Kehidupan

Assalamualaikum ...

Pagi ni cuaca sejuk sekali. Saya baru sahaja pulang dari menghantar mak pergi kerja. Itulah rutin saya setiap hari. Saya juga belum bersiap untuk pergi kerja lagi. Rasa sejuk menyebabkan hati saya tertahan-tahan untuk mandi. ^_^ hmmm ... tak apalah. Saya boleh gi kerja bila-bila masa. Saya tidak terikat dengan jadual kelas kerana pelajar masih bercuti lagi. Ada 2 minggu lagi, baru semester baru akan buka.

Apa khabar teman-teman blog yang lain? Moga anda sihat, moga hati anda seceria dan secerah mentari pagi. Alhamdulillah saya sihat dari segi fizikalnya. Mental saya hehehe ... kurang sikit, sebab tu saya tak aktif sangat dengan dunia blog dan dunia fb saya. Tapi saya cuba untuk melawan segala keresahan dijiwa saya ... hmmm ... hari ni hari keempat ... hmmm ... mungkin anda tertanya-tanya apakah permasalahan yang membelenggu jiwa saya. (seperti pertanyaan saya selalu ... ada ke yang tanya? popular ke saya kat sini?) ^_^ tak apalah serba sedikit dunia blog ni adalah tempat untuk saya meluahkan. Mungkin tidak 100% saya luahkan tetapi serba sedikit sebahagian daripada kehidupan saya telah saya luahkan di sini.  Huhhh!!! entah apa yang saya merepek pagi-pagi ni ....

Banyak sebenarnya yang berlaku dalam kepada saya terutama 2 minggu belakangan ni. Semuanya citer sedih, citer tak best. Bak kata pepatah, sudahlah jatuh ditimpa tangga lagi, atau pun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul tak pun pepatah yang paling sesuai malang tak berbau dah ler tersungkur kat jalan pas tu dilanggar kereta lak ... huhhhh ... ada ke pepatah cam gitu ^_^.

Jam 6.30 petang semalam, saya dapat panggilan dari mak cik saya. Baby Faresya masuk hospital. Usus kecilnya masuk usus besar. Kena buat pembedahan segera. Pembedahan tak boleh dilakukan di Ipoh. Harus dilakukan di Kuala Lumpur atau Kedah. Pak Cik saya telah memilih untuk menghantar Faresya ke Kuala Lumpur. Lepas dapat panggilan terus saya, mak dan mak we saya gi hospital. Melawat hospital malam-malam bukan senang, bukan waktu melawat. Mujurlah dapat naik juga lepas diberi penjelasan. Kesian tengok Faresya. Nangis dan nangis. Masa saya datang, doktor tengah merawatnya. Tengah tunggu doktor pakar datang jam 9.30 malam. Kesian saya tengok pak cik saya. Seminggu yang lepas pun ahli keluarga saya asyik turun naik bangunan hospital. Hari ni berulang lagi.
Mak cik saya ramai yang datang. Itu kelebihan keluarga saya. Apabila ada yang sakit, pasti semua akan hadir. Sikap ambil berat ni buat saya rasa bangga lahir dan dibesarkan dalam lingkungan keluarga ini. Oh ya doktor mengesahkan Faresya akan dihantar ke hospital Kuala Lumpur jam 7 pagi ni. Akan terus dilaksanakan pembedahan. "Faresya cepat sembuh ya sayang, mak long tunggu Faresya kat sini". Sedih pula bila saya mengenangkan anak kecil bermata bulat besar tu akan menjalani pembedahan hari ni.

Minggu lepas (Khamis 21 April 2011) saya telah kehilangan pak cho saya buat selama-lamanya. 3 hari berturut-turut saya melawatnya di hospital. Pemergiaan yang tak diduga. Moga rohnya tenang di sana. Hari Selasa, saya lihat kesakitan dirinya. Tenat sekali. Sampai jam 11 malam saya dan ahli keluarga saya menunggu di hospital sehingga dia di bawa ke ICU. Lepas dimasukkan ke ICU, pak cho saya memang tak sedarkan diri lagi. Nyawanya memang hanya bergantung ke alat bantuan pernafasan. Begitu juga ketika hari terakhir saya mengunjunginya, masih tidak sedarkan diri. Dari kata doktor paru-paru pak cik saya dah rosak, begitu juga buah pinggangnya. Kuman juga sudah merebak ke paru-paru, darah dan jantungnya. Doktor yang merawat, memberitahu mereka telah cuba sedaya upaya memberi ubat yang terbaik supaya jantungnya boleh mengepam semula (berdenyut kerana ketika itu semuanya bergantung pada mesin) tetapi tidak berjaya. Doktor suruh kami berdoa banyak-banyak kerana Allah Yang Maha Berkuasa. 

Jam 5 pagi, hari Khamis, panggilan telefon di subuh hari, pak cho saya telah pergi untuk selamanya. Al-Fatihah. Pak Cho saya selamat dikebumikan di sebelah kubur anaknya Mohd Rini yang meninggal dunia 9 tahun lalu akibat penyakit asma.

Jam sudah mencecah ke angka jam 8.10 pagi. Saya stop sini dulu. Sebenarnya ada lagi nak saya coretkan di sini, nanti pas pulang kerja saya akan sambung semula. Lagipun mak dah pesan suruh gi bagi tau tok ngan opah tentang keadaan Faresya. Pak cik saya pun dah pesan semalam. Opah dan tok tak tau lagi. Mesti opah dan tok susah hati lagi. Dah la mereka berdua tak beberapa sihat.

Hmmm ... akhir kata dari saya ^_^ SENYUMLAH WALAUPUN HATIMU GUNDAH GULANA....

Sunday, April 3, 2011

Jalan-Jalan cari Makan Dengan Danish dan Pa

Last Sunday, 27 March 2011 saya telah keluar jalan-jalan cari makan dengan permata hati saya Danish dan Pa. Sebenarnya, inilah kali pertama saya bawa Danish dan Pa keluar setelah Danish keluar dari hospital. Lokasi yang dituju ialah TESCO. Danish dan Pa memang suka datang ke sini kerana mereka boleh bermain di sini. So saya tak nak cerita banyak-banyak kerana gambar-gambar yang saya tangkap ini telah menceritakan segalanya.












Ustaz Amirul

Saya tergila-gilakan cerita Ustaz Amirul. Sampai hari ni saya masih sebal kerana tidak dapat menonton episod akhirnya di TV3. Saya memang terlupa malam tu malam  Jumaat. Saya berada di rumah opah ketika itu dan opah pula adalah peminat setia Gerak Khas. Dalam jam 9.30 baru saya sedar malam tu ada cerita Ustaz Amirul. Alahai ralatnya hati saya ... Tetapi dari kata teman saya di fb, Adawiyah meninggal dunia. Pasti sedih waktu itu. Cinta sejati, cinta sejak di alam persekolahan.Ohhhh TV3 tolonglah tayang semula episod akhir Ustaz Amirul. Kalau ASTRO saya tak hairan, pasti akan ditayang berulangkali sampai saya jemu dan muak ^_^

Saya sebenarnya tidak lihat pun episod awal drama Ustaz Amirul. Hanya 13 episod sahaja ceritanya. Saya mula melihat cerita ini apabila Adawiyah pulang semula ke kampung setelah membawa diri kerana terluka dengan tindakan keluarga Ustaz Amirul yang menghantar Ustaz Amirul belajar ke Mesir setelah mereka tamat peperiksaan SPM dan menghalang keinginan mereka untuk bernikah. Ketika Adawiyah pulang, Ustaz Amirul telah bertunang, hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk berkahwin dengan Munirah atas nasihat keluarganya. Munirah adalah seorang gadis ayu dan cantik yang bekerja dengan keluarganya. Ustaz Amirul sememangnya resah dengan kepulangan Adawiyah tambahan pula di masih mencintai Adawiyah. Saya masih ingat sedikit kata-kata Ustaz Amirul kepada keluarganya, sekiranya Adawiyah pulang awal dari hari pertunangannya dengan Munirah, pasti pilihan hatinya adalah Adawiyah. Ya betullah kata pepatah, "Jodoh, Maut, Pertemuan dan Perpisahan semuanya di tangan Allah". Ustaz Amirul akhirnya bernikah dengan Munirah.


Apa yang saya suka tentang cerita ini ialah tentang nilai kesabaran, ketakwaan, pasrah dengan ketentuan Allah. Nilai-nilai ini yang membuatkan saya tersangkut dihadapan tv setiap malam Jumaat. Adawiyah yang telah insaf, yang telah pulang semula ke kampung, menerima pernikahan Ustaz Amirul dengan redha. Malahan dia juga yang bertungkus lumus menyiapkan persiapan majlis pernikahan dan perkahwinan Ustaz Amirul. Kalau saya, mampukah saya melihat orang yang saya cintai diijabkabulkan dan bersanding dengan wanita lain? Kekuatan yang ada pada diri Adawiyah membuatkan saya rasa bangga. Redha dengan ketentuan Allah, di mana selepas perkahwinan Ustaz Amirul dan Munirah, Ustaz Amirul dan Adawiyah telah mengenepikan soal hati dan perasaan mereka dan menjadi sahabat. Begitu juga Munirah, menjadi sahabat kepada Adawiyah dan mengetahui banyak perkara yang disukai oleh Ustaz Amirul dari Adawiyah.

Drama ini sebenarnya mencapai kemuncaknya, apabila Adawiyah terlantar sakit. Ketika itu Munirah mendapat tahu bahawa ketika Adawiyah melarikan diri ke Kuala Lumpur dia telah ditipu, diperkosa dan dijadikan pelacur oleh lelaki jahanam (saya rasa istilah ini sesuai digunakan untuk lelaki yang jahat, yang tidak berperikemanusiaan kerana merosakkan maruah wanita). Lantas Munirah meminta Ustaz Amrul berkahwin dengan Adawiyah kerana simpati dengan keadaan dan nasib Adawiyah. Ustaz Amirul menolak cadangan Munirah kerana pada masa itu cintanya telah berputik untuk Munirah. Tetapi desakan demi desakan dari Munirah, Ustaz Amirul dan Adawiyah akhirnya bersetuju untuk benikah. Ketika ini kalau dilihat, persoalan isu keadilan dan simpati dikemukakan. Nilai keadilan ialah mampukah Ustaz Amirul bertindak adil terhadap kedua-dua wanita tersebut? Bukan senang mahu berpoligami. Jadi awas lelaki di luar sana, kalau ada rasa ingin berpoligami, tanya pada diri 'mampukah aku bertindak adil'. Kalau mampu dipersilakan ^_^. Dan yang buat saya rasa terharu ialah di malam pernikahan Ustaz Amirul dan Adawiyah, Ustaz Amirul tidak bersama dengan Adawiyah kerana ketika itu hati, minda dan perasaannya hanya teringat pada isteri pertamanya Munirah. Jadi dia rasa tidak adil untuknya bersama dengan Adawiyah sedangkan hati dan fikirannya sedang mengingati Munirah.

Tetapi kemudiannya konflik timbul apabila Munirah mula menunjukkan rasa cemburunya. Ialah wanita mana yang sanggup berkongsi kasih, dimulut mengatakan ya tetapi dihati hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi saya suka dengan sikap Munirah, demi kebahagiaan suaminya dia sanggup berkorban hati dan perasaannya. Munirah pada awalnya cuba mengawal perasaan cemburunya tetapi disebabkan hasutan demi hasutan dari beberapa individu tertentu, Munirah tidak dapat lagi menyembunyikan rasa cemburunya. Api cemburu itu diluahkan dari tindak tanduknya.


Hanya itu sahaja yang saya tahu. Sebab itu saya ralat tak dapat tengok episod akhir Ustaz Amirul. Saya cuma tahu Adawiyah meninggal dunia, tak tahu disebabkan apa tetapi saya rasa mungkin disebabkan penyakit yang dialaminya. Munirah saya rasa pasti menyesal atas perlakuannya. Tetapi saya tahu Adawiyah dan Munirah telah menjadi isteri yang terbaik untuk Ustaz Amirul dan Ustaz Amirul telah menjadi suami yang terbaik untuk kedua-dua isterinya. Menjadi pelindung dan membimbing kedua-dua isterinya ke jalan yang diredhai Allah.

Kesimpulannya saya bagi 5 bintang untuk drama ni. Hopefully akan ulang tayang semula kerana saya terlepas lihat episod awal.

Saturday, April 2, 2011

Tayar oh Tayar



Saya baru pulang dari menukar tayar kereta. Cadangnya mahu tukar tayar hadapan kereta sahaja, tanya punya tanya, minta diskaun dapat ler 325, pas tu tauke kedai tu bagi tau saya tayar keta makan dalam, maknanya dibahagian dalam cepat haus ... ohhh yang itu saya memang tahu, sebab sebelum ni saya ada belek tayar keta saya dan saya dapati dibahagian dalamnya dah botak, tak der bunga bak kata orang. Tapi saya buat bodoh jer, bagi saya janji keta saya boleh jalan, apa saya kisah walaupun walaupun membahayakan nyawa saya.

Tapi sejak dua menjak ni, sejak hujan turun hampir setiap hari, saya mulai tak sedap hati ketika memandu. Perjalanan saya dari rumah ke tempat kerja mengambil masa 40 hingga 45 minit ... bayangkanlah jauhnya saya kena ulang alik setiap hari. Bila hari hujan, air bertakung kat jalan atau tanpa air bertakung pun saya dapat rasa bahawa tayar saya licin dan kadangkala rasa seperti tergelincir. Bukan sekali dua, tapi hampir setiap kali hujan tak kira hujan lebat mahupun hujan renyai-renyai.

Saya ni sebenarnya kedekut duit kalau bab-bab nak baiki keta ni, dari dulu cam gini, bila dah rosak teruk baru saya terhegeh-hegeh nak gi kedai. Sama jugalah macam saya jaga kesihatan saya, dah teruk, dan tak leh bangun baru nak gi klinik atau hospital. Kalau setakat pening-pening biasa, deman sikit-sikit walaupun batuk dah berbunyi macam suara beruk-beruk kat hutan tu, baru saya nak gi berubat. Sebab tu saya selalu kena bebel ngan mak. Tapi nak buat cam mana, dah inilah saya.

Berbalik kepada citer tayar keta saya tadi, akhirnya saya terpaksa mengeluarkan duit sebanyak rm575 untuk tukar tanya dan tukar hal-hal yang berkaitan dengan tanya (tak tau nak bagi tau apa masalahnya kat sini hehe). Rasa nak nangis pun ada, tapi nak buat cam mana, bila tauke kedai tu kata 'kalau tak tukar semua ni, tayar akan tetap cepat haus dan makan tepi'. Akhirnya bila ditimbang-timbang saya pun setujulah baiki semua tu. Alahai kesiannya kat saya .... ^_^