Saturday, March 26, 2011

Alhamdulillah.

Pagi Sabtu yang indah. Saya bercuti hari ni. Seronok benarnya bila Sabtu datang menjenguk. Saya ingin berehat sepuas-puasnya. Sangat-sangat letih semester ini. Tetapi keletihan itu juga berbaloi, pertama saya telah berjaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya, tinggal satu minggu sahaja lagi dan kemudiannya pelajar-pelajar saya akan menduduki peperiksaan akhir. Keduanya kepenatannya saya dibayar dengan ganjaran yang cukup baik. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dengan rezeki yang Allah berikan buat saya. Ada rezeki lebih buat saya, pasti ada rezeki lebih untuk mak, opah dan tok.

Thursday, March 24, 2011

I'M Back

Assalamulaikum ...
Saya kembali menulis lagi setelah terhenti seketika. Itulah saya, sekejap timbul, sekejap tenggelam dalam dunia blog. Seperti biasa, banyak perkara yang saya ingin tuliskan buat beberapa hari ini dan ada yang telah saya tangkap gambar dan catatkan sedikit informasinya untuk dikongsikan bersama disini, tetapi bila duduk dihadapan pc ni, lain pula jadinya. Jadi banyak cerita-ceritanya sudah berlaku agak lama (kalau di buletin utama, pasti sudah dikatakan berita basi). Tapi itulah saya, ataupun senang dikatakan itulah tabiat saya, suka melengah-lengahkan kerja. Hopefully malam ni saya boleh siapkan beberapa entri terkini yang bermain-main diminda saya. Antaranya:
  • Danish sakit (Kunjungan saya ke Grik)
  • Senyum (Part II)
  • Citer tentang mulut
  • Story about me and my students
  • Resepi
So saya patut stop mukadimah saya dan nantikan entri saya yang terkini dan terhangat lepas ni (Ialah tu ...macamlah popular saya ni, macamlah ramai sangat yang kunjung blog saya) tetapi tak apa, janji apa yang saya tulis ni akan menjadi kenangan abadi saya untuk satu hari nanti. Ialah kita ni makin lama makin tua, pejam celik pejam celik usia makin bertambah, mungkin bila saya dah terbongkok-bongkok nanti, mata dah tak beberapa jelas, daya ingatan dah lemah, leh saya baca semula apa yang saya tulis, suka duka saya dan setiap rasa yang saya alami. Sekurang-kurangnya saya akan tersenyum mengingati asam garam kehidupan saya. ^_^

Friday, March 11, 2011

Story About Me

Jam sekarang tepat jam 12 malam. Saya masih dihadapan pc. Mata saya masih segar lagi sebenarnya. Ialah saya baru sahaja menjiruskan badan saya. Hmmm ... kalau DIA tahu pasti DIA akan marah saya mandi malam-malam. Sebenarnya saya dah tinggalkan tabiat mandi tengah malam ni kerana diceloteh atau boleh dikatakan dinasihati oleh seseorang ^_^ tapi malam ni hmmm .... saya rasa badan saya tak best sebenarnya. Balik kerja hari ni hampir jam 7 petang. Lepas buat apa-apa yang patut hehe rutin harian, saya terbabas di atas katil. Keletihan sangat. Badan pun rasa nak deman, sejuk-sejuk panas. Mata saya memang tak boleh nak buka bila mak gerak saya dalam jam 9 malam tadi, ntah apa yang bergayut kat mata saya. Tapi nasib baik tak lama lepas tu, saya tersedar (hampir jam 10 malam). Itupun lepas kaki saya terkena simpul mengkarung (kekejangan). ^_^ Kaki saya masih sakit lagi kerana terjatuh hari tu, tapi ok lah saya masih leh gi kerja. Jalankan aktiviti saya seperti biasa.

Sebenarnya beberapa hari ni banya peristiwa yang tak best berlaku kepada saya. Saya banyak termenung memikirkan satu demi satu apa yang berlaku kepada saya. Apa yang saya rancangkan dan inginkan tidak kesampaian. Tapi saya faham kenapa dan mengapa dia membatalkan rancangan kami. Lagipun bukanlah nak dikatakan batal, cuma ditangguhkan sedikit masa lagi. Sebenarnya saya dah lama tunggu saat-saat ini. Jadi bila terpaksa ditangguhkan lagi, saya rasa sedikit kecewa. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui perasaan hati saya. Suka duka, setiap rasa yang saya alami. Sukar untuk saya luahkannya di sini. Apa-apa pun saya hormati keputusannya kerana saya faham situasi dia. Tiada apa yang menggembirakan hati saya selain dari mengharapkan kejayaan dia. Lagipun niat dia murni, untuk membangunkan anak bangsanya, untuk memberi pendidikan kepada mereka. Seperti mana yang saya sering beritahu, saya akan sentiasa tersenyum apabila dia tersenyum. Doa saya sentiasa ada untuknya mengharapkan kejayaannya, kegembiraannya, moga dia dilindungi oleh Allah selalu. Apa-apa pun saya tetap tunggu dia di sini.

Story lain tentang saya ialah saya jatuh. Puas saya dimarahi dia...hehe tapi nak buat cam mana, benda dah jadi ^_^ dan sekarang saya paling risaukan Danish. Adik telefon dah 5 hari Danish deman panas. dah bawa ke dua buah klinik, tapi demannya tak sembuh lagi. Mak dah nasihatkan bawa ke hospital, takut kalau deman nyamuk atau deman panas. Bahaya kalau budak-budak kena demam. Bila dengar Danish demam, hati saya mulalah tak tentu arah. Danish permata hati saya, cinta hati saya. Manja saya. Segala-galanya untuk saya. Mulalah saya di sini tak senang duduk, hati, perasaan dan fikiran saya asyik teringatkan dia. Moga Danish cepat sembuh ya. Mak Long sayang sangat kat Danish. Tak sabar nak tunggu Danish balik pada hari sabtu atau Ahad ni. Ingin saya memeluknya. Ingin saya tanya padanya 'berapa banyak sayangnya pada saya' dan dia akan tunjukkan dengan tangannya. Rindu sangat mak long ....

Hari ni  10 hb (tapi sekarang dah masuk 11hb sebab dah 12.30 pagi),  pelajar-pelajar saya dah start presentation. dari pagi saya duduk di dewan kuliah mendengar presentation mereka. Dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Sebab tu saya lebih suka mengajar dari mendengar. Keletihan sangat....hehe .... ada yang bagus dan ada yang saya nampak tidak buat persediaan. Hmmm ... biasalah mereka, faham sangat ...last minit punya kerja tetapi saya tahu ada di antara mereka telah melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Ialah saban malam saya terpaksa melayan sms dan email-email mereka untuk check segala maklumat sebelum dibentangkan. Apa-apa pun saya puji pelajar saya semester ni kerana saya nampak kesungguhan mereka.

Saya stop sini dulu. Nanti saya sambung lagi... Selamat Malam .... Selamat Tidur ... ^_^

Monday, March 7, 2011

Senyum (Part I)



Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


Masih ingat tak lagu ni? Seingat saya, lagu ini saya dengar semenjak di sekolah menengah. Selalu keluar di kaca televisyen dan lagu ini menjadi siulan dibibir setiap orang tak kira peringkat umur. Lagu yang ringkas tetapi membawa erti yang mendalam. "senyum membahagiakan, dengan senyuman terjalin ikatan", "Duniakan berseri dengan senyuman" dan "kemesraan kan terjalin dengan senyuman".

Ada apa dengan senyuman??? Penting ke senyuman. Patut ke saya murah dengan senyuman atau lokek dengan senyuman. Tapi saya tahu saya tidak lokek dengan senyuman. Senyuman sentiasa ada dibibir saya tidak kira gundah gulana atau ketika itu memang saya benar-benar bahagia. Tapi jangan senyum sorang-sorang nanti dikatakan gila bayang atau sewel ^_^. Saya selalu juga menasihati pelajar saya jangan kedekut dengan senyuman. Tak rugi kalau kita menghadiahkan senyuman kepada individu lain. 


Bila saya ingati semula, teramat terima kasih saya ucap kepada sekolah saya yang mengadakan kempen 'senyum'. Pelikkan bunyi kempen itu. Masa saya sekolah dulu pun saya pertikaikan, "kenapa lak nak buat kempen senyum-senyum cam gini". Kena senyum ngan Pengetua, kena senyum ngan cikgu, kena senyum ngan senior, junior, kawan-kawan ... kalau tak pengawas akan ambil nama. Mula-mula penatlah juga nak tersenyum. Ialah perkara yang dipaksa memang susah nak buatkan? Tetapi bila kita amalkan selalu, ia menjadi amalan dan kebiasaan dalam hidup kita. Wahhhh!! dan sekarang saya sudah murah dengan senyuman. Biarpun kadang kala saya senyum dengan orang tapi senyuman saya tak dibalas. Tak apa, saya tak kisah janji saya bahagia, janji saya dapat pahala ^_^

Ni kat bawah saya cari gambar-gambar kat google tentang senyum yang mungkin kita boleh kongsi sama-sama.






Sunday, March 6, 2011

Story About Me

Assalamualaikum....

Sudah sekian lama, saya tidak menulis sesuatu di sini. Hari ini hati saya terpanggil untuk mencoret apa yang saya rasa di ketika ini.

Sejak belakangan ini saya sibuk sekali, tidak menang tangan. Rasanya 24 jam yang diberi kepada saya untuk satu hari tidak mencukupi. Rasanya ingin ditambah.

Apa yang saya sibuk sangatkan kali ni? Apa lagi kalau bukan dengan kelas saya. Semester ini jam mengajar saya terlalu banyak. Paling banyak dalam sejarah karier saya, pulang setiap hari pun lewat petang. Malam terpaksa mengadap komputer untuk menyiapkan kerja-kerja saya. Tapi mujurlah, subject yang saya ajar semester ini pernah saya ajar semester lepas. Jadi kuranglah sikit tekanannya. Ada waktunya bila malam, saya on komputer, buka kerja saya, buka fb saya, tetapi saya tertidur diruang tamu tak sedar diri. Bila jam 12, mak kejutkan masuk bilik ... hehe ... teruk betoi saya ini.

Hari ni saya akan kembali. Banyak idea di kepala saya, banyak yang ingin saya kongsikan di sini. Cuma geramnya saya malam ini, internet saya buat hal lagi. Benci betoi saya. Line streamyx saya benar-benar menguji kesabaran saya. Tak sampai sebulan, buat hal lagi. Sebelum ini pun macam ni, tak boleh connect, line putus-putus, dah kena call banyak kali baru ok. Ni hari ni, penyakit streamyx saya kembali lagi. Bosan... kejap-kejap putus ....