Showing posts with label Filem dan hiburan kita. Show all posts
Showing posts with label Filem dan hiburan kita. Show all posts

Friday, October 7, 2011

TAHAJJUD CINTA


Saya baru sahaja layan cerita Tahajjud Cinta karya Erma Fatimah. Sebenarnya saya ada mengikuti  cerita ini di awal episod, ditengah-tengah tidak mengikutinya dan 3 minggu belakangan ni saya mengikuti semula cerita ini. Cerita ini benar-benar menarik perhatian saya selepas 'Nur Kasih' dan 'Ustaz Amirul'. Syabas diucapkan untuk Erma Fatimah.

Episod hari ini buatkan saya geram sangat dengan lakonan Eman Manan yang membawa watak sebagai Ustaz Shauki. Bersimpati dengan Seri yang dilakonkan oleh Fauziah Ghous. Seorang isteri dilayani seperti binatang buas oleh suami sedangkan suami mempunyai 3 isteri yang lain. Seorang isteri yang menjadi deraan suami.  Malam ini saya simpati sangat dengan nasib Seri yang dikurung dalam rumah, tidak dibenarkan bergaul dengan orang lain. Seri juga dipijak dan dipukul oleh Ustaz Shauki apabila tidak mendengar kata Ustaz Shauki agar jangan berhubung dengan Citra. Saya juga sukakan watak Citra yang di bawa oleh Nur Fazura. Citra yang berjuang untuk membela nasib wanita yang ditindas. 

Sebelum ini saya pernah membaca kritikan tentang drama ini kononnya tidak sehebat Ayat-Ayat Cinta atau pun Ketika Cinta Bertasbih dari negara jiran kita tetapi bagi saya itu tidak benar. Ada juga yang mengatakan drama ini mempersendakan agama Islam terutama tentang pemakaian jilbab. Ada juga yang minta drama ini dihentikan siarannya. Tapi bagi saya cerita ini banyak pengajarannya terutama tentang wanita yang ditindas dan didera oleh suami, dipergunakan oleh lelaki untuk memuaskan nafsu, tiada keadilan dalam berpoligami. Dalam kehidupan, keadaan sebegitu memang banyak berlaku. Mungkin ia mencetuskan kemarahan dan kebimbangan apabila ia memaparkan tentang realiti kehidupan masyarakat kita hari ini. Dan mungkin juga ada kebenarannya bila seseorang yang bukan beragama Islam, tidak tahu hukum hakam dan melihat drama ini boleh memberi perspektif yang negatif tentang Islam. Bagi saya, setiap orang melihat dari sudut pandangan masing-masing. 

Erma Fatimah telah membuktikan kemampuannya. Lakonan yang mantap dari barisan pelakon popular tanahair seperti Remy Ishak, Eman Manan, Erma Fatimah, Tiz Zaqyah, Melisa saila, Fauziah Ghous, Nur Fazura dan ramai lagilah.

Saya tak nak komen banyak-banyak tapi di sini saya letakkan sinopsis drama Tahajjud Cinta.


TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.
Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.

Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.

Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.

Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa).


Sunday, April 3, 2011

Ustaz Amirul

Saya tergila-gilakan cerita Ustaz Amirul. Sampai hari ni saya masih sebal kerana tidak dapat menonton episod akhirnya di TV3. Saya memang terlupa malam tu malam  Jumaat. Saya berada di rumah opah ketika itu dan opah pula adalah peminat setia Gerak Khas. Dalam jam 9.30 baru saya sedar malam tu ada cerita Ustaz Amirul. Alahai ralatnya hati saya ... Tetapi dari kata teman saya di fb, Adawiyah meninggal dunia. Pasti sedih waktu itu. Cinta sejati, cinta sejak di alam persekolahan.Ohhhh TV3 tolonglah tayang semula episod akhir Ustaz Amirul. Kalau ASTRO saya tak hairan, pasti akan ditayang berulangkali sampai saya jemu dan muak ^_^

Saya sebenarnya tidak lihat pun episod awal drama Ustaz Amirul. Hanya 13 episod sahaja ceritanya. Saya mula melihat cerita ini apabila Adawiyah pulang semula ke kampung setelah membawa diri kerana terluka dengan tindakan keluarga Ustaz Amirul yang menghantar Ustaz Amirul belajar ke Mesir setelah mereka tamat peperiksaan SPM dan menghalang keinginan mereka untuk bernikah. Ketika Adawiyah pulang, Ustaz Amirul telah bertunang, hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk berkahwin dengan Munirah atas nasihat keluarganya. Munirah adalah seorang gadis ayu dan cantik yang bekerja dengan keluarganya. Ustaz Amirul sememangnya resah dengan kepulangan Adawiyah tambahan pula di masih mencintai Adawiyah. Saya masih ingat sedikit kata-kata Ustaz Amirul kepada keluarganya, sekiranya Adawiyah pulang awal dari hari pertunangannya dengan Munirah, pasti pilihan hatinya adalah Adawiyah. Ya betullah kata pepatah, "Jodoh, Maut, Pertemuan dan Perpisahan semuanya di tangan Allah". Ustaz Amirul akhirnya bernikah dengan Munirah.


Apa yang saya suka tentang cerita ini ialah tentang nilai kesabaran, ketakwaan, pasrah dengan ketentuan Allah. Nilai-nilai ini yang membuatkan saya tersangkut dihadapan tv setiap malam Jumaat. Adawiyah yang telah insaf, yang telah pulang semula ke kampung, menerima pernikahan Ustaz Amirul dengan redha. Malahan dia juga yang bertungkus lumus menyiapkan persiapan majlis pernikahan dan perkahwinan Ustaz Amirul. Kalau saya, mampukah saya melihat orang yang saya cintai diijabkabulkan dan bersanding dengan wanita lain? Kekuatan yang ada pada diri Adawiyah membuatkan saya rasa bangga. Redha dengan ketentuan Allah, di mana selepas perkahwinan Ustaz Amirul dan Munirah, Ustaz Amirul dan Adawiyah telah mengenepikan soal hati dan perasaan mereka dan menjadi sahabat. Begitu juga Munirah, menjadi sahabat kepada Adawiyah dan mengetahui banyak perkara yang disukai oleh Ustaz Amirul dari Adawiyah.

Drama ini sebenarnya mencapai kemuncaknya, apabila Adawiyah terlantar sakit. Ketika itu Munirah mendapat tahu bahawa ketika Adawiyah melarikan diri ke Kuala Lumpur dia telah ditipu, diperkosa dan dijadikan pelacur oleh lelaki jahanam (saya rasa istilah ini sesuai digunakan untuk lelaki yang jahat, yang tidak berperikemanusiaan kerana merosakkan maruah wanita). Lantas Munirah meminta Ustaz Amrul berkahwin dengan Adawiyah kerana simpati dengan keadaan dan nasib Adawiyah. Ustaz Amirul menolak cadangan Munirah kerana pada masa itu cintanya telah berputik untuk Munirah. Tetapi desakan demi desakan dari Munirah, Ustaz Amirul dan Adawiyah akhirnya bersetuju untuk benikah. Ketika ini kalau dilihat, persoalan isu keadilan dan simpati dikemukakan. Nilai keadilan ialah mampukah Ustaz Amirul bertindak adil terhadap kedua-dua wanita tersebut? Bukan senang mahu berpoligami. Jadi awas lelaki di luar sana, kalau ada rasa ingin berpoligami, tanya pada diri 'mampukah aku bertindak adil'. Kalau mampu dipersilakan ^_^. Dan yang buat saya rasa terharu ialah di malam pernikahan Ustaz Amirul dan Adawiyah, Ustaz Amirul tidak bersama dengan Adawiyah kerana ketika itu hati, minda dan perasaannya hanya teringat pada isteri pertamanya Munirah. Jadi dia rasa tidak adil untuknya bersama dengan Adawiyah sedangkan hati dan fikirannya sedang mengingati Munirah.

Tetapi kemudiannya konflik timbul apabila Munirah mula menunjukkan rasa cemburunya. Ialah wanita mana yang sanggup berkongsi kasih, dimulut mengatakan ya tetapi dihati hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi saya suka dengan sikap Munirah, demi kebahagiaan suaminya dia sanggup berkorban hati dan perasaannya. Munirah pada awalnya cuba mengawal perasaan cemburunya tetapi disebabkan hasutan demi hasutan dari beberapa individu tertentu, Munirah tidak dapat lagi menyembunyikan rasa cemburunya. Api cemburu itu diluahkan dari tindak tanduknya.


Hanya itu sahaja yang saya tahu. Sebab itu saya ralat tak dapat tengok episod akhir Ustaz Amirul. Saya cuma tahu Adawiyah meninggal dunia, tak tahu disebabkan apa tetapi saya rasa mungkin disebabkan penyakit yang dialaminya. Munirah saya rasa pasti menyesal atas perlakuannya. Tetapi saya tahu Adawiyah dan Munirah telah menjadi isteri yang terbaik untuk Ustaz Amirul dan Ustaz Amirul telah menjadi suami yang terbaik untuk kedua-dua isterinya. Menjadi pelindung dan membimbing kedua-dua isterinya ke jalan yang diredhai Allah.

Kesimpulannya saya bagi 5 bintang untuk drama ni. Hopefully akan ulang tayang semula kerana saya terlepas lihat episod awal.

Friday, January 28, 2011

Magika



Hari ni saya dah start cuti. Bukan sahaja hari ni tetapi hari Selasa dan Rabu lepas juga saya telah start cuti. Cuma semalam (Khamis) sahaja saya bekerja kerana ada meeting. Mulai hari ni saya akan bercuti lama, akan memulakan tugas dipertengahan bulan Februari. Lama ke? Kira lamalah tu?

Apakah aktiviti saya di masa cuti? Sebenarnya saya tidak ada perancangan khas untuk cuti ni. Tidak juga ke mana-mana. Cuma ingin merehatkan badan setelah bertungkus lumus semester lepas. Jadi tiba masa untuk saya berehat sepuas-puasnya kini.

Semalam saya beli 4 dvd iaitu Magika, Damping Malam, Estet dan Aku masih Dara. Dan pagi ni, seawal jam 8.30 pagi saya telah terpacak di hadapan tv, menonton Magika. Seronok juga citer. Memang sebelum ini saya memang teruja nak menontonnya di panggung tetapi tiada kesempatan dan saya juga bukannya rajin sangat nak ke panggung wayang cukup malas.

Saya puji sangat watak Diana Daniel. Dia cantik sekali. Menonton lakonan Ziana Zain sebagai nenek kebayan dan Aznil sebagai Pak Pandir memang menghiburkan hati saya. Cerita ni banyak lagu, ialah memang banyak lagu dah nama citer muzikal hehe ...


Ni Maya Karin...hehe ada sesiapa yang tak kenal Maya Karin? Rasanya semua kenalkan? Watak Maya Karin memang tiada dialog, dia asyik menyanyi saja .... watak 7 puteri (mungkin lebih) yang semuanya Maya Karin sedang menyanyi-nyanyi di tepi kolam. Mula-mula pelik juga saya tengok, ehhh naper muka semua puteri ni sama jer ....

Yang ni Pak Pandir lakonan Aznil Hj Nawawi. Mak Andeh dilakonkan oleh Raja Azura. Paling suka kat perut Pak Pandir, buncit semacam ... comel jer ....


Ni nenek kebayan, lakonan Ziana zain. Mantap gila lakonan Ziana Zain. Kerjanya dalam citer magika adalah menjual ubat awet muda, menjadikan yang tua muda semula. Ramuan ubatnya adalah air mata budak-budak. Sebab tu Fimie kena culik ngan Ziana Zain dalam citer ni.Yang kat belakang tu, Belalang dan bapaknya sedang menelepon nenek kebayan minta ubat kuat ^_^

Ni pula Bawang Putih ngan Bawang Merah, sesuai sekalilah ngan kaler baju tu. Lakonan adik beradik Sharifah Amani dan Sharifah Aleeya.Adik beradik yang comel. Kerjanya pun memang menjual bawang hehe .... maknya pula dilakonkan oleh Adibah Noor. tapi sikit sangat wataknya. Mak yang teringin nak makan ikan kaloi...


Cuba tengok betoi-betoi siapa orang hitam tu ..hehe ... tu lah Nabil. watak dia kelakar jugalah... adalah dialog yang buat saya gelak .. Mesti penat nak hitamkan wajah nabil ni ... huhuhu


Vanida melakonkan watak Mahsuri. Memang sesuai pun dia melakonkan watak ni, sebab Vanida memang cantik. Manis sekali wajahnya. Yang paling best ialah ketika Awang (lakonan Norman Hakim) membaling lembing kerana memburu Dayang dan terkena kat Mahsuri. Tercacak kat perut Mahsuri. Pas tu datang lak Hang Tuah lima bersaudara. Masa babak tu, saya tergelak tengok Mahsuri yang tercacak lembing (tembus depan belakang), boleh bangun dan berjalan terhuyung-hayang. Kelakar rasanya... hehe


Watak terakhir yang muncul ialah watak M. Nasir sebagai penunggu Tasik Chini Pas tu berubah jadi naga ... hehe ....

Kesimpulannya tak rugi saya beli dvd magika ni. Seronok dan tidak membosankan. Hopefully ada magika 2 pula.

Opsss lupa nak bagi siapa hero dan heroin citer ni. Tu mamat rambut panjang tu lah heronya (Mawi). Mawi melakonkan watak sebagai Badang dalam citer ni. Kira ok jugalah lakonannya. Tapi suaranya memang best lah ketika nyanyi. Yang heroinnya, seperti yang saya katakan ialah Diana Daniel si gadis jelita.

Wednesday, January 26, 2011

Khurafat

Seperti yang saya tulis dalam entri saya sebelum ni, saya telah menonton citer Khurafat pada hari Ahad lepas dengan Bb, Erna dan Tommy. 

Dari sudut pandangan saya, citer ni memang menyeramkan. Ada banyak adegan-adegan yang membuatkan jantung saya hampir luruh. Bb dan Erna memang dah gelakkan saya apabila saya menutup muka saya dengan tudung. Itu belum dikira apabila saya mengenggam peha Erna dan Bb. Tapi yang tak bestnya, saya rasa citer ni terlalu pendek. Kalau ikut kiraan saya, cuma 1 jam 15 minit sahaja. Rasa tidak puas menontonnya. Untuk citer ni saya bagi 5 bintang dari 5 bintang juga. Syabas kepada Syamsul Yusuf. Hasil percubaan pertama untuk menghasilkan karya seram dan akhirnya berjaya.

SINOPSIS:

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah.

Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri, ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini. Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan.

Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya. Perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. 

Apa yang berlaku kepada Johan dan Aishah. Saksikan Khurafat di pawagam berdekatan ^_^


Adegan ini paling membengangkan saya. Ya lah kenapa si Johan ni mendukung mayat Anna dan bawa berlari keliling hutan sedangkan mayat kawannya dibiarkan (pemandu ambulan). Membawa lari mayat yang dikapankan di dalam hutan ni menyeramkandan membengangkan saya...hehe...


Antara adegan yang menyeramkan. Hantu ni suka muncul kat siling, merangkak dari tingkap dan tangga dan juga merayap dari arah belakang... hehe...Mula-mula saya tertanya-tanya juga siapalah hantu ni? Apalah masalah dia dengan Johan dan Aishah. Di akhir cerita baru semuanya persoalan terjawab. Bukan Anna yang menjadi puncanya tetapi Johan. Kasihan juga kat Anna. Patutlah dia macam tak betul jer bila Johan berkahwin dengan Aishah. Rupa-rupanya untuk memikat Anna, Johan telah melakukan perjanjian dengan syaitan dan menyebabkan pintu hati Anna terbuka untuk menerima Johan.



Siapa yang meninggal ni? saksikan sendiri 'Khurafat' di panggung. Tak pun beli jer dvd, senang citer ^_^