Showing posts with label Cinta Hati. Show all posts
Showing posts with label Cinta Hati. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Mak Long Jangan Beli Yang Mahal-Mahal Ya!

Assalamulaikum sahabat ...

Pagi Sabtu yang indah dan tenang. Saya bercuti hari ini. Dok layan cerita Maria Anissa di Astro Prima sambil jari-jemari lincah menari di atas keyboard ni. Semalam dalam sibuk membelek gambar-gambar dalam komputer saya terjumpa gambar cinta hati saya Danish dan Pa. seronok sangat lihat gambar mereka berdua, hilang rasa rindu.

Gambar ni ditangkap selepas sahaja saya beli Ultraman untuk mereka. Birthday Danish 1 Oktober. Saya tanya pada Danish sama ada nak kek atau hadiah. Danish kata dia nak Ultraman. Jadi saya bawa cinta hati saya berdua ni ke Tesco. Dalam pilih punya pilih, akhirnya inilah yang dipilih oleh mereka berdua patung Ultraman berharga RM59.90. Itu baru satu tapi saya kena beli dua, sebab Danish dan Pa umpama kembar. Kalau beli untuk Danish mesti ada untuk Pa begitu juga sebaliknya. So berpeluh jugalah saya mengeluarkan duit hampir Rm120.00.

Saya teringat dialog saya pada Pa, 'Pa jangan ambil yang mahal-mahal tau, mak long tak ada duit'. Pa menganggukkan kepalanya. Pas tu bila dia pilih ultraman tu dengan selamba dia kata 'Mak long, jangan ambil yang mahal-mahal ya". Adoiiiiii ... garu kepala jap bila tengok harga .....


Seronoknya adik dan abang dapat Ultraman 


Happy Birthday sayang ....


Aksi ala-ala Ultraman ...


I love your smile Pa


Sunday, November 27, 2011

Yaya Cinta Hati Saya

Danish dan Pa sibuk ikut saya hari ni, tapi Yaya kena tinggal rumah. Tak berani saya bawa ramai-ramai kalau hanya saya seorang sahaja yang jaga. Sebenarnya kalau nak bawa Yaya pun boleh juga ke Tesco, Yaya baik, tak banyak ragam tapi saya tak berani lagi. Hmmm tunggu Yaya besar skit lagi ya, nanti mak long bawa Yaya jalan-jalan.

Ni aksi Yaya bila saya tangkap gambar dia. Nampak macam tercengang jer ... hehe ... comel nyer Yaya ni .... hehe ....sayang Yaya ....





Jalan-Jalan Denga CinTa Hati Saya

Hari ni saya bawa cinta hati saya berjalan-jalan. Sudah banyak kali saya berjanji dengan Danish tapi saya tidak tunaikan janji saya. Kasihan dengannya kerana menunggu saya, sampai mak dan ayahnya keluar berjalan-jalan pun dia tak nak ikut. Jawapannya pada maknya, "nak ikut mak long" tapi mak longnya asyik terperap kat rumah jer.

Petang ni mereka akan pulang. Jadi pagi-pagi saya dah bawa Danish dan Pa ke Tesco. Mereka gemar ke Tesco. Hari ni saya tanya nak apa. Katanya nak cd Mashimaro, dalam citer Upin Ipin. Ada ke watak Mashimaro dalam Upin Ipin, yang saya tahu patung Mashimaro ader lah . Tapi saya diam jer, ikut ajalah kehendak cinta hati saya. Saya sanggup berhabis duit kerana mereka berdua ni. Rupa-rupanya Mashimaro yang dikatakan oleh Danish ialah watak Opik (tak pasti ejaannya) dalam filem Geng Pengembaraan Upin Ipin. Ini dah kali ketiga saya beli DVD ni. Kali ni yang original. Jangan rosakkan lagi ya sayang. Seronok sangat mereka berdua bila dapat DVD.

Pas beli DVD, pas jalan-jalan dalam Tesco, bawa depa gi main. Tu yang seronok depa tu .....Ni beberapa keping gambar cinta hati saya yang sempat saya rakam masa di Tesco. Cute!


Nampak tak DVD Upin dan Ipin tu, disebalik keropok-keropok


Pa memang suka bergaya dihadapan kamera. Suka sangat bila gambar diambil.


Ni aksi apa ni hehe


On the way balik .... seronok ya Danish

Thursday, November 3, 2011

Aksi-Aksi nakal

Dalam sibuk mengemas barang-barang opah ngan tok untuk berpindah ke rumah saya, sempat juga saya merakam aksi-aksi nakal cinta hati saya. tak habis-habis dengan gaya ultramannya ... hehe




Saturday, October 1, 2011

Happy Birthday, Danish

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO DANISH
HAPPY BIRTHDAY TO YOU"

Untuk manja saya Danish, Selamat Hari Jadi mak long ucapkan buat Danish. Mak Long sayang Danish sangat-sangat. Moga Danish membesar jadi anak yang baik, anak yang taat pada ibu bapa, pada perintah Allah dan menjadi anak yang cerdik. Danish permata hati mak long.

Cepat balik kampung, nanti mak long beli kek untuk Danish. I love you, sayang.

Sunday, April 3, 2011

Jalan-Jalan cari Makan Dengan Danish dan Pa

Last Sunday, 27 March 2011 saya telah keluar jalan-jalan cari makan dengan permata hati saya Danish dan Pa. Sebenarnya, inilah kali pertama saya bawa Danish dan Pa keluar setelah Danish keluar dari hospital. Lokasi yang dituju ialah TESCO. Danish dan Pa memang suka datang ke sini kerana mereka boleh bermain di sini. So saya tak nak cerita banyak-banyak kerana gambar-gambar yang saya tangkap ini telah menceritakan segalanya.












Wednesday, January 19, 2011

Hari Pertama Ke Sekolah


Saya dapat gambar ni dari adik perempuan saya semasa saya pergi ke Grik tempohari. Hari pertama Danish ke sekolah. Comel sungguh dan bersemangat sekali dia di hari pertama. Lihat wajahnya, senyum sahaja. Itulah manja mak long. Belajar rajin-rajin ya sayang.


Danish dan Pa. Mesra dua beradik ni. Seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Kalau dilihat pada gambar seolah-olah Pa juga akan pergi ke sekolah. Tapi sebenarnya tidak. Menurut kata adikku, Pa juga akan bersiap setiap pagi seolah-olah pergi ke sekolah. Dia turut sekali menghantar abangnya ke sekolah dengan memakai pakaian seragam sekolah. Cute kan!



Thursday, January 6, 2011

Danish tak mau ke sekolah


Semalam adik saya call. Danish tidak mahu pergi sekolah (Tadika Kemas). Baru dua hari Danish dengan gembiranya pergi ke sekolah. Bila ditanya, katanya seronok pergi ke sekolah. Tetapi pada hari ketiga, katanya tak mau. Berulang kali saya pujuknya di telefon suruh dia pergi sekolah, jawapannya tetap sama iaitu "Tak mahu, Tak mahu". Bila dia tak nak mendengar saya memujuknya lagi, lantas terus diberinya telefon bimbit kepada emaknya.

Sempat juga saya tanya kenapa tak mau pergi sekolah. Katanya ada orang pukul. Hmmm ... baru 5 tahun dah ada yang memukul. Tu belum masuk sekolah rendah lagi tu, belum masuk sekolah menengah lagi. Kecil-kecil dah tunjuk samseng. Kasut sekolahnya juga turut hilang. Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang? Hmmm ... tapi ialah budak-budak .... tidak tahu berfikir lagi mana yang elok dan yang tak elok.


So ada sesiapa ada tips untuk atasi masalah ni? Saya memang tak ada idea. Tiada pengalaman hal-hal sebegini. Kalau berterusan dia tak mau bagaimana? Hari ketiga semalam, dia memang tidak mahu ditinggalkan. Akhirnya ikut ayahnya pulang semula.


Alahai Danish, janganlah macam ni. Pergilah sekolah yer sayang.

Wednesday, December 15, 2010

Wajah-wajah Baru Pulang


My sister tiba-tiba balik. Sampai lebih kurang jam 10 malam dari Grik. Cinta hati saya yang bertiga tersadai kepenatan. Cuma Yaya sahaja yang masih segar matanya. Sempat juga saya mengambil kamera dan mengambil gambar mereka yang kepenatan. Dan di sini saya kongsikan bersama-sama.
Danish kepenatan. Terbaring lemah. Dalam masa yang sama merajuk dengan saya. Kepulangannya tidak disambut di muka pintu kerana saya tekun mengadap komputer ketika itu. Jenuh saya nak pegang dia, tetapi dia tak mau Bila sebut, 'nanti mak long beli dvd ultraman', baru dia datang kepangkuan saya. Alahai manja mak long.
Wajah Pa yang lemah. Pa demam sebenarnya masa ni. Tubuhnya hangat. Tetapi Pa sempat tersenyum bila saya mengambil gambarnya. "Macam nilah cinta hati mak long".

Yaya juga yang segar bugar matanya. Asyik sekali dia melihat saya yang tak habis-habis menangkap photonya. Suka lihat pipi tembam yaya. 

Saturday, December 11, 2010

Yaya Dah Tumbuh Kening


Assalamualaikum
Petang ini saya kembali mencatat sesuatu. Apa nak story kali ini. Belek punya belek album gambar. Jumpa gambar Yaya yang terbaru. Gambar ni baru saya tangkap minggu lepas. Sebenarnya nak tangkap aksi Yaya meniarap, Yaya dah pandai meniarap. Tapi dalam masa yang sama terperasan yang Yaya ni dah tumbuh kening, dah lebat bulu keningnya. Kalau tidak botak jer keningnya ...


Yaya aksinya yang baru nak meniarap. Rasanya ini first time saya buat story tentang Yaya. Siapa Yaya? Nama sebenar Ana Munawwarah. Panggilan ibunya, Ara tetapi panggilan mak long dia ialah Yaya... hehe ... mak longnya memang pandai reka nama manja untuk cinta hatinya.

Senyuman Yaya manis sekali. Cukup pandai berposing depan kamera. Ikut jejak mak long ya Yaya, tak pernah diam dari kamera. Ada jer yang nak ditangkap.

Oh, ya kening Yaya ada bentukkan macam diukir dan ditulis? ... ^_^