Wednesday, October 20, 2010

Bila Malam Menjelma

Malam ini
aku seperti pungguk
yang merindui bulannya
Sungguh setia menunggu
Rinduku pada bulan tak terkalahkan waktu


Tepat jam 12.05 pagi, saya tidur dulu ...

Moga malam ini
Tidur saya akan disulami mimpi indah
Moga mimpi-mimpi itu tidak hilang

Pain and Success

EVERY PAINFULL STORY HAS A SUCCESSFULL ENDING... Dalam setiap episod bahagia itu pasti melalui saat suka dukanya. Saya juga begitu. Bukan mudah untuk saya mengecapi kebahagiaan. Banyak episod suka, duka, tawa, tangis yang terpaksa saya harungi. Moga saya akan kuat dan tabah. Setiap ujian yang diberi oleh Allah pasti ada hikmahnya. Allah yang Maha Berkuasa, Pencipta seluruh alam ini dan Allah yang Maha Mengetahui. Kalau inilah dugaan yang terpaksa saya harungi, saya akan cekalkan diri. Allah sentiasa menguji insan-insan yang disayanginya kerana nak tengok betapa sabarnya kita menempuhi ujian-Nya.

ACCEPT THE PAIN AND GET READY FOR THE SUCCESS.. Kalau kita kata kita menderita, sebenarnya di luar sana banyak lagi yang lebih menderita dari kita. Jadi, jangan merungut atau mengeluh. Terima semuanya walaupun pahit kerana disebalik kepahitan pasti ada kemanisan. Macam minum kopi juga kan? Tak ada gula, pasti pahit rasanya. Saya terima semuanya andai ini adalah yang terbaik buat saya. Saya redha. Saya akan terus berjuang dan berjuang hingga sampai satu tahap langkah saya terhenti kerana di situlah letaknya takdir saya.

Monday, October 18, 2010

Renungan (1)

Kasihan Pa

Kasihan Pa. Inilah keadaan tapak tangannya. Kalau lihat gambar-gambar di bawah, pasti tak sangka kan tangan Pa sebegini rupanya. Ini pun dah kering lukanya. Kalau tidak menurut adikku, berair-air tapak tangannya. Tangannya Pa tersepit kat alat senaman, mesin berlari. Tak dapat saya bayangkan betapa sakitnya. Pasti menjerit kesakitan. Masa dia balik baru-baru ni pun tangannya masih sakit. Tak boleh disentuh. Tangan kanan pula tu. Tapi nakalnya tetap sama. ^_^ Masih kuat memukul saya dengan tangan kirinya. Pa ... oh Pa ... napa nakal sangat manja mak long ni. Jangan nakal-nakal tau. Kalau sakit cam gini, mak long susah hati tau. sayang Pa. take care, sayang.

Happy Birthday, Sayang (Part II)

10 Oktober 2010 (Ahad minggu lepas) ... maknanya sudah seminggu peristiwa ini berlaku ... ^_^ maaf entri ini lambat dipaparkan lagi .... ^_^ kalau siaran berita, ini dah dipanggil berita basi ... semua orang dah tahu, baru terhegeh-hegeh nak siarkan .... hehe .. mujur saya tak jadi wartawan atau pemberita ... kalau tidak haru biru siaran tertunggak semuanya ...^_^

Oh, ya apa peristiwa yang berlaku 10 Oktober 2010??? Sejak Danish berusia setahun hingga dia cukup usianya 4 tahun, memang saban tahun mawar akan meraikan harijadinya. Saya akan buat parti kecil-kecilan buatnya. Tapi kadangkala ada juga yang saya jemput semua makcik-makcik dan anak buah-buah saya yang masih kecil datang untuk memeriahkan suasana. Tapi tahun ni saya buat kecil-kecilan saja untuk Danish. Dompet mak longnya tengah ciputtt hehe ^_^ ....

Di sini saya letakkan gambar-gambar masa parti. Sambutan cuma dibuat di rumah saya. Mak dan adik-beradik saya sahaja. 

Dalam jam 12 tengah hari saya gi ke Tesco. Bawa dia gi main bowling kat sana. Beli kfc dan bawa dia ke kedai kek. bila nampak gambar Upin dan Ipin, memang pilihan dia adalah kek inilah. Favourite kartun Danish.

4 lilin di kek menandakan genapnya usia Danish 4 tahun. paling best Danish dah tak pakai pampers lagi... ^_^. satu cerita lucu masa bawa danish pergi beli kek, tiba-tiba dalam kereta dia kata 'mak long nak beyakkk" ... saya suruh dia tahan. tapi kesian pula tengok dia pegang perut. Tiba-tiba teringat pula danish dah tak pakai pampers, teringat pula dia tak pakai seluar kecik kat dalam. ^_^ mencicit-cicit saya cari stesen minyak, akhirnya nampak Shell ... lega juga Danish ... mak long juga lega ...kalau tidak kereta mak long ...huhuhu ... bayangkanlah ... ^_^

Danish dan Pa

Ini aksi dua budak nakal. kalau dulu masa mereka berdua tengah kecil, senang nak tangkap gambar mereka. semuanya comel-comel belaka. Sekarang kalau tangkap gambar, macam-macam aksi dibuat mereka.
Danish dan Pa tiup lilin. Walaupun birthday Danish tapi kedua-dua adik -beradik ni akan tiup lilin dan potong kek sama-sama. Begitu juga masa birthday Pa. Tiap-tiap tahun memang macam gitu.

Potong kek, alahaiii ciannya upin dan ipin kena potong huhuhu ^_^

Antara menu pada hari parti Danish. Kfc, roti pizza, goreng pisang, sumi dan keropok. Minum petang dan seronok-seronok bersama keluarga tercinta.

Inilah keluarga saya. Dunia saya. Cinta saya yang sebenarnya. I LOVE MY FAMILY.

Story Saya

assalamualaikum ...
Sudah beberapa hari saya tidak menulis sesuatu di blog ini. Kesibukan menyiapkan nota-nota untuk para pelajar dan power point untuk kuliah menyebabkan saya tidak dapat mengemaskini blog saya Itu belum study lagi. Bila ada waktu-waktu terluang saya sibuk mengadap ladang saya ^_^. Ladang???? emmm ladang apa pula ni. Kalau orang yang tak tahu mesti ingat saya ni rajin berladang, rajin bercucuk tanam... hehe ... tapi bagi yang mengenali, saya ni sebenarnya rajin berladang kat dalam komputer ... dah bertahun saya mengerjakan ladang kat 'Farmville' di facebook, tak pernah jemu dan bosan. Kalau stress dengan kerja, ada sesuatu yang menganggu fikiran saya, kat situlah saya bertapa supaya saya tak berfikir apa-apa yang lain.



Sebenarnya dunia saya kecil sahaja, setiap hari saya melakukan rutin yang sama, pergi kerja, mengadap anak-anak didik saya, berkongsi ilmu saya dengan mereka dan melayan setiap karenah mereka.Pulang dari kerja, perkara pertama yang akan saya buat buka komputer, mengadap komputer, sambil-sambil tu lah  saya makan, solat, tengok tv, buat nota dan sebagainya ... komputer saya memang dipasang dari saya pulang kerja hinggalah saya melelapkan mata. Saya tak punya ramai kawan. Kawan tu ada. tapi ramai yang sudah berumahtangga, bekerja dan punya kehidupan masing-masing. Jarang sekali keluar. Yang akrab dengan saya pun cuma Sue. Itupun tunggu dia balik seminggu sekali dari Bidor, baru kami keluar, Itu pun nasib baik Sue masih single lagi, kalau dia juga sudah berumahtangga, hilang lagilah teman saya. Sebab itu kalau mawar keluar pun biasanya dengan mak atau mak cik. Membawa mak cik keluar membeli belah dan membeli barang-barang keperluan memang sudah jadi kebiasaan saya kerana mereka tiada kereta. Jadi kalau nak ke mana pun memang saya yang akan dicari.

Selain daripada itu, mengunjungi rumah opah dan tok juga merupakan rutin saya Kadangkala bila pulang awal dari kerja, singgah kejap umah opah dan tok, tengok keadaan mereka, tanya apa yang ada dan tak ada. Tok dan opah tinggal berdua, masing-masing hampir mencecah 80 tahun. Alhamdulillah tok dan opah masih sehat. Cuma tok dah tak lalu nak kedai. Jadi memang saya dan mak yang akan di suruh tok untuk membeli barang-barang dapur. Kalau dua tiga hari tok tak nampak bayang saya pasti dia dah bising. Biasanya opah yang akan mengadu. Tok bising kalau lama tak datang, walhal kadangkala baru jer saya jenguk. ^_^

Bila menulis tentang tok dan opah, memang saya tak dapat bayangkan hidup saya tanpa mereka. dari kecil lagi saya rapat dengan mereka. Setiap hujung minggu saya akan minta mak hantar saya balik kampung. Kalau saya ada apa-apa pada merekalah saya mengadu. Dan yang paling penting, saya memang suka makan masakan tok. Kalau pergi umah opah, kalau tak buka tudung saji opah...hehe itu bukan sayalah namanya. Pas tu akan cakap "Opah, nak makan nasi" hehe...

Saya stop sini dulu , nanti saya sambung ... nak solat dan nak makan ... lapar ^_^

Friday, October 15, 2010

Perginya Khai

Saya terpaku apabila menjenguk blog adik kesayangan saya, Cd. Mata saya terpaku membaca satu demi satu baris-baris ayat yang ditulis oleh Cd. sebak rasanya.

Khai. Nama itu tidak asing dari saya. Walaupun saya tidak mengenali khai secara zahirnya  tetapi melalui entri-entri yang ditulis oleh Cd, begitu juga gambar-gambar Cd bersama Khai serba sedikit saya mengetahui tentang arwah Khai. Khai kawan akrab kepada cd. Dan kini Khai sudah tiada. Pergi untuk selamanya pada 30 September 2010 pada jam 3.15 pagi.  Saya dapat rasakan penderitaan Khai bertarung melawan kesakitannya selama 17 hari. 

Al-fatihah...semoga arwah Khai ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat..amin..

Buat adikku, Cd..smoga Cd tabah menghadapinya.....


Maaf Cd, akak ambil gambar ni di blog Cd. Gambar Cd dan arwah Khai.

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الله

Beautiful Song ....




Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way


Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way

Show me the way
Show me the way
Show me the way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Thursday, October 7, 2010

Story tentang mawar

Hari ini mawar rasa letih sangat. Sebenarnya bukan hari sahaja, tetapi sejak dua minggu ini. Terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Pulang dari office juga lewat. Macam hari ni, jam 7.30 pagi mawar keluar kerja dan jam 7.15 malam baru mawar sampai ke rumah. Dan malam ini mungkin akan berjaga lagi, entah sampai jam berapa. Perlu menyiapkan power point untuk kelas esok. Dua subject, 4 jam berturut. Memikirkan untuk bagi kuliah selama 4 jam juga buat mawar rasa penat. Inikan untuk menghadapinya esok. Tapi macam mana mawar merungut di sini atau dihadapan mak, mawar terpaksa jalankan tanggungjawab mawar. Mawar terpaksa melakukan yang terbaik. Ada beratus insan mengharap ilmu dari mawar. Jadi mawar tidak boleh sambil lewa. Jadi untuk merelekskan minda, mawar ambil keputusan meluahkan apa yang ada dihati mawar di sini. 


Anak murid mawar pun perasan akan kepenatan. Dalam kuliah semalam, hingga kelas tutorial hari ni, mereka asyik tegur mawar. "Cik mawar nampak letih, cik mawar rehatlah dulu". Aduhhh prihatinnya anak-anak muridku. Mawar cuma membalasnya, "Ya saya letih. Tapi saya boleh mengajar lagi". Sambil memberi senyuman kepada mereka, Itu prinsip mawar. Mawar jarang menunjukkan keletihan, kemarahan kepada anak-anak murid mawar. Apa jua situasi mawar akan tersenyum, mawar masih boleh tertawa, senyuman tidak akan hilang dari bibir mawar sebab selama ini mawar berpegang pada prinsip, apa jua situasi yang mawar hadapi, mawar tetap akan tersenyum walaupun hakikatnya hati mawar menderita, tersiksa. Cuma kalau mawar tak suka dengan sikap mereka, mulalah mawar membebel pot pet pot pet ... bukannya bebel apa, sekadar bagi nasihat.

Teringat kisah semalam, di dalam kelas tutorial dengan group PR. Kelas moral, perbincangan tentang isu buli. Ya Allah, riuh rendahnya kelas tu. Bukan kerana mereka bising, tetapi riuh rendah kerana mereka memberi pendapat, bertepuk tangan ... hehe ... mawar memang sayang dengan group ni, tapi paling nakal. Ini kali ketiga mawar ajar mereka. Jadi mereka dah tahu sikap mawar macam mana, dan mawar dah tahu sikap mereka macam mana. Teringat apa yang Shermond cerita tentang pengalamannya di buli di dalam kelas. Mawar tanya mereka, adakah perempuan juga terlibat dalam kes buli. Yang Shermond laju jer jawab, ya cik mawar .. saya setuju. Langsung mawar suruh dia cerita. So budak ni bangunlah berdiri dalam kelas mengimbas kembali kenangannya di buli masa di tingkatan 1. Lokasi dia dibuli di dalam bas."Cik mawar, masa saya tingkatan1, ada seorang budak perempuan ni bila lalu depan saya, dia mesti ketuk kepala saya. Tiap-tiap hari dia ketuk kepala saya. Lepas tu ejek-ejek saya". Lantas mawar tanya dia, apa tindakannya bila diperlakukan sedemikian rupa. "Saya diam saja cik mawar. Saya takut. Tapikan cik mawar lepas tu kami bercinta" hahaha satu kelas gelak. Riuh. "Itu bukan buli, itu tektik mengorat tu". Balas mawarnya padanya. ^_^ Dan ada banyak lagi pengalaman yang dikongsi bersama. Siap lagi berdebat dengan mawar bila mawar tak setuju dengan pendapat dari mereka. Itu yang mawar mahu dari mereka. Berani bercakap, berani berdebat dan berani mengeluarkan pendapat. Mawar memang rimas kalau tengok budak-budak pasif. Mawar pun jadi tak semangat.

Monday, October 4, 2010

Roti Bakar

Pagi-pagi lagi perut dah berkeroncong. Tengok dalam almari ada roti ... ^_^ senang jer lah ... makan roti telur jer lah pagi ni. Lagipun dah lama tak pekena roti telur. So saya kongsi cara nak buat roti telur. Senang jer yang penting rajin. Jangan jadi macam saya, malas hehe ....

RESEPI ROTI TELUR

Bahan
  •  Roti (ikut suka, ikut berapa keping nak buat)
  • Telur dua biji
  • Susu pekat

Cara membuat
  • Pecahkan dua biji telur ke dalam mangkuk
  • Masukkan susu pekat (biasanya mawar akan letak 5 sudu, lagi banyak lagi sedap)
  • Kacau hingga sebati
  • Sapukan di atas roti (dikedua-dua belah)
  • Panaskan kuali (minyak sedikit, satu sudu)
  • Bakar roti tadi hingga masak.


SELAMAT MENCUBA
(^_^ kalau nak mencubalah hehe)

Saturday, October 2, 2010

St 12 - Biarkan Aku Jatuh Cinta

Lagu ni pertama kali saya dengar dalam sinetron "Safa dan Marwah". Saya terpikat dengan lagu ni walaupun baru kali pertama mendengarnya. Lagu ni memang menyentuh jiwa saya Liriknya cukup indah sekali. "Biarkan aku jatuh cinta" dan biarkan saya jatuh cinta pada lagu, pada lirik lagu ini. Walaupun berulang kali saya mendengarnya, dan saya tidak pernah jemu.



LIRIK: BIARKAN AKU JATUH CINTA ST12

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu

**
Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati

Reff:
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan aku 'kan mencoba
Tak perduli kau berkata
'Tuk mau atau tidak

Tahniah

Sorry saya  terpaksa padam nama saya  yang tertera kat skrin telefon
Entri ni lambat dipaparkan atas sebab-sebab tertentu hehe ...


Oh ya apa kisah disebalik handphone ni? Isnin keputusan peperiksaan keluar untuk semester lepas. Saya dapat sms dari beberapa students saya. Happy sebenarnya bila pelajar-pelajar saya lulus dan saya dapat rasai kegembiraan mereka. Sms di atas dikirim oleh pelajar saya. Terharu juga bila diingati. Tapi walau apa-apa pun saya cuma setakat membimbing dan memberi ilmu. Usaha di tangan mereka. Kalau mereka tak bertungkus lumus belajar mereka tak akan dapat keputusan yang cemerlang.


Bayanganmu

Puisi ni saya buat pada 25 Julai 2010, jam 1.04 pagi. Pertama kali  saya publishkan kat fb saya dan sekarang saya  paparkan di sini. Tidak seindah mana, sekadar puisi.


Bila mata terpejam
Bayangan wajahmu menerpa diminda
Tersenyum padaku
Memanggil-manggilku ke dalam dakapanmu

Ingin kupeluk
Ingin kusentuh
Namun setiap kaliku menghampiri
Bayanganmu menjauh
Perlahan-lahan menghilang dari pandanganku

Happy Birthday, Sayang

1 Oktober adalah birthday Danish.
Selamat Hari Jadi Sayang
Semoga Danish jadi anak yang baik
Anak yang pandai
Semoga Danish bahagia dan dirahmati Allah selalu.


Danish adalah cinta hati Mak Long
Sayang Danish sangat-sangat


Ingat tak mak long selalu tanya Danish, berapa banyak sayang Danish pada mak long? dan Danish akan tunjukkan dengan jari Danish betapa banyaknya sayang Danish pada mak long. Untuk pengetahuan Danish, sayang mak long pada Danish tidak terkira banyaknya.Kasih sayang mak long tidak boleh diukur dengan apa sahaja di dunia ini. I LOVE U, SAYANG. Cinta Hati Mak Long.


"SELAMAT HARI JADI YANG KEEMPAT TAHUN"