Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

Bubur Tepung Pulut


Hari ni saya rajin sesangat. Tambah-tambah lepas lihat photo yang tidak diduga. Jadi untuk hilangkan kedukaan saya penuhkan aktiviti saya dengan memasak. Sejak akhir-akhir ni saya rajin memasak, mencuba resepi-resepi baru. Al-maklumlah banyak sangat beli buku resepi, takkan setakat simpan jer kot, pasti nak cubakan? hehe ...

Hari ni saya cuba pertama kalinya 'Bubur Tepung Pulut'. Selalunya saya akan nampak bubur ni time bulan Ramadhan. kali ni saya mencuba buat pertama kali. Alhamdulillah menjadi. Tanya kat ahli keluarga, semuanya kata sedap hehehe ....

Bahan-bahannya senang jer iaitu tepung pulut, santan, gula kabung, gula merah pastu pewarna merah dan hijau. Tepung pulut dibubuh dalam mangkuk, isi air sedikit demi sedikit, jangan lupa taruh garam sikit. Pas tu  adunan dibahagi dua, satu diwarna merah dan satu lagi hijau (nak bubuh kaler aper suka hati hehe). Bulatkan, tapi jangan lupa bubuh gula kabung kat tengahnya. Rebus dalam air mendidih. Bila dah muncul kat atas, angkat. Cam mana nak wat kuah yer plak? Senang jer tu, kacau santan atas api, bubuh gula merah tapi kalau tak bubuh pun tak apa. Pas tu masukkan lah tepung pulut. Oh ya jangan lupa bubuh daun pandan supaya wangi.

Selamat Mencuba. Tu pun kalau nak cubalah yer ....^_^

Monday, October 4, 2010

Roti Bakar

Pagi-pagi lagi perut dah berkeroncong. Tengok dalam almari ada roti ... ^_^ senang jer lah ... makan roti telur jer lah pagi ni. Lagipun dah lama tak pekena roti telur. So saya kongsi cara nak buat roti telur. Senang jer yang penting rajin. Jangan jadi macam saya, malas hehe ....

RESEPI ROTI TELUR

Bahan
  •  Roti (ikut suka, ikut berapa keping nak buat)
  • Telur dua biji
  • Susu pekat

Cara membuat
  • Pecahkan dua biji telur ke dalam mangkuk
  • Masukkan susu pekat (biasanya mawar akan letak 5 sudu, lagi banyak lagi sedap)
  • Kacau hingga sebati
  • Sapukan di atas roti (dikedua-dua belah)
  • Panaskan kuali (minyak sedikit, satu sudu)
  • Bakar roti tadi hingga masak.


SELAMAT MENCUBA
(^_^ kalau nak mencubalah hehe)

Friday, September 17, 2010

Biskut Nestum


Ini adalah biskut kedua yang saya buat. Resepi memang saya cipta sendiri. Tak tengok buku. Kalau nampak dari rupa memang macam tak best jer kan ... ^_^ tapi jangan menilai sesuatu dari rupanya. Kadang-kadang rupa jer cantik, tapi rasanya belum tentu secantik rupanya.

  • 2 cawan marjerin/ planta
  • 2 cawan gula aising
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • 3 sudu susu
  • Perisa vanilla
  • Nestum
  • Badam cincang
  • Serbuk koko
  • Telur
  • Ceri/ Coklat Rice/ atau apa-apa sahaja sebagai hiasan

  • Masukkan marjerin dan gula aising (kacau hingga kembang)
  • Masukkan sebiji telur (hanya ambil kuningnya), perisa vanilla, 3 sudu susu (kacau hingga kembang)
  • Setelah itu masukkan nestum dan badam yang yang telah dicincang, bubuh sedikit serbuk koko (kacau hingga sebati)
  • Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh
  • Tekapkan dengan acuan (ikut kegemaran anda)
  • Sapukan kuning telur di atasnya dan letakkan hiasan (ikut kegemaran)
  • Masukkan ke dalam ketuhar
  • Dan hasilnya adalah seperti di atas  ^_^

Biskut Badam

Biskut Badam 

Resepi ni saya buat sendiri. Tak tiru mana-mana. Saya ni suka memasak, nak kata handal memasak tu tak lah, tapi alhamdulillah apa yang saya masak tu boleh la di makan, tak manis, tak pahit, tak masam ... hehe ... Cuma saya ni malas jer sikit ... hehe ...

Sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ni saya cuma buat 2 jenis biskut raya sahaja. Tak sempat nak buat banyak-banyak, sebab sibuk jaga peperiksaan dan menyemak kertas soalan.

So saya malas nak coret banyak-banyak kat sini. Ni resepi biskut badam. Walaupun buat sendiri tapi dengar dari tetamu yang datang, katanya sedap dari biskut beli. My sister pun kata cam gitu. Ayang, kawan fb saya pun kata gitu ^_^ hehe bukan nak puji diri sendiri tapi hakikatnya ... memang sedap agaknya ...


  • Dua cawan marjerin/ planta
  • 1 cawan minyak sapi
  • Tepung Serbaguna 
  • Badam halus
  • Badam yang dicincang
  • Dua cawan gula aising
  • Perisa Vanila
  • Telur (diambil kuning sahaja)
  • Masukkan marjerin dan gula aising ke dalam mangkuk (kacau sampai kembang)
  • Masukkan minyak sapi (kacau sampai kembang)
  • Sebiji telur (hanya diambil kuningnya sahaja) dan perisa vanilla (kacau sehingga kembang)
  • Selepas itu, campurkan bahan-bahan tadi dengan badam halus.
  • Masukkan tepung serbaguna. Uli sehingga dia menjadi doh
  • Biarkan dalam 10 minit
  • Tekap mengikut acuan kesukaan anda

  • Setelah ditekap dengan acuan, sapukan kuning telur di atasnya
  • Letakkan badam yang telah dicincang
  • Masukkan ke dalam ketuhar
  • Hasilnya seperti gambar di atas ^_^