Showing posts with label Alahai Kucingku. Show all posts
Showing posts with label Alahai Kucingku. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Ibu dan Anak


Wahhhh seronoknya kedua anak beranak ni landing di atas keretaku. Sambil berdiri di depan muka pintu saya membebel kepada kedua ekor anak kucing saya ini (sudah biasa membel kepada kcing-kucing), tapi mereka dengan selamba jer memandang saya. Muka seposen.

Tak apa, hari ni mood saya baik. Duduklah berehat atas kereta tu. Tapi kalau bawa boyfriend landing sama, emmmm ...siap akan saya kejar keliling rumah hehe ... amboi garangnya.


Ini Comel. Ibu segala kucing yang ada di rumah saya ... hehe ... Comel kucing awet muda ... walaupun sudah berusia tapi tetap Comel ...

Hmmm ... entri mengarut apa yang saya tulis hari ni. Biarlah saya punya blog ...suka hati sayalah nak tulis apa ... hehe ..

Maaf ya kalau terkasar bahasa.

Friday, December 17, 2010

Awang Sudah Tiada



Pagi ni saya lihat awang terkujur kaku di rumah jiran saya. Seperti biasa sebelum pergi kerja, saya akan memberi makanan kepada kucing-kucing saya. Comel, Debu dan Tam setia menanti di muka pintu apabila pintu rumah dibuka. Cuma Awang sahaja tiada. Saya memanggil-manggil nama Awang tetapi tiada sahutan. Bila saya pergi ke tepi rumah, mengadap rumah jiran saya (Awang memang suka bermain dan tidur di situ, tambahan pula memang Tam melahirkannya di rumah jiran saya), saya lihat Awang terkujur kaku tidak bernafas. Saya panggil berulang kali tetapi Awang tidak bergerak. Saya tahu Awang pergi tinggalkan saya buat selamanya. Hanya dua bulan sahaja Awang bersama saya tetapi saya pasti akan merinduinya. Saya paling gemar menangkap fotonya. Saya akan rindu pada ekor kontotnya dan bagaimana dia mengejar saya bila dia lapar.

Saturday, December 11, 2010

Cerita Awang

Ini wajah AWANG pagi ni. seawal jam 9.30 pagi saya telah memberi AWANG ubat. Pas makan ubat, macam ni lah keadaannya. Lalok atau lebih mudah dikatakan mamai semacam. Memang dia tidur pun lepas tu. Lepas paksa AWANG telan ubat, saya paksa ia minum susu. Susu kan baik untuk kesihatan. 

Kasihan kalau tengok photo-photo ni. Kurus kering AWANG.

Awangku Sakit


AWANG, kucing kesayangan saya sakit. Sudah beberapa hari dia sakit. Dua hari tidak pulang ke rumah dan semalam dia pulang. Badannya semakin kurus. Lihat photo-photo di atas, gambar-gambar itu saya ambil semalam. Kurus sangat. Sudah melidi badannya. Berbeza dengan dirinya sebelum ini. Saya siapkan tempat tidurnya semalam. Moga tidurnya lena.


Ini ubat AWANG. Sebenarnya ini ubat vitamin. Saya minta pada mak cik saya. Mak cik saya membela kucing-kucing parsi, jadi dia mempunyai keperluan-keperluan kucing. Ubat vitamin ini saya minta, kerana AWANG tidak mahu makan. saya buatkan susu untuk AWANG tetapi dia tak mahu minum Akhirnya saya guna kekerasan, saya ambil sudu suapkan ke mulutnya. Saya bagi dia ubat, paksa dia telan. ^_^ telan juga akhirnya.

Tetapi terus terang saya katakan ubat vitamin kucing ni terlalu kuat bau ubatnya. Kalaulah ubat ini untuk saya, memag sah-sah saya tak makan. Tak lalu. Nak makan panadol pun payah ni kan nak makan ubat, yang saya cium baunya saya nak termuntah.

Wajah-wajah AWANG ketika sihat. Comel! Moga Awangku Sayang cepat sembuh, cepat montel kembali dan kembali cergas berlari ke sana ke mari.