Wednesday, January 26, 2011

Khurafat

Seperti yang saya tulis dalam entri saya sebelum ni, saya telah menonton citer Khurafat pada hari Ahad lepas dengan Bb, Erna dan Tommy. 

Dari sudut pandangan saya, citer ni memang menyeramkan. Ada banyak adegan-adegan yang membuatkan jantung saya hampir luruh. Bb dan Erna memang dah gelakkan saya apabila saya menutup muka saya dengan tudung. Itu belum dikira apabila saya mengenggam peha Erna dan Bb. Tapi yang tak bestnya, saya rasa citer ni terlalu pendek. Kalau ikut kiraan saya, cuma 1 jam 15 minit sahaja. Rasa tidak puas menontonnya. Untuk citer ni saya bagi 5 bintang dari 5 bintang juga. Syabas kepada Syamsul Yusuf. Hasil percubaan pertama untuk menghasilkan karya seram dan akhirnya berjaya.

SINOPSIS:

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah.

Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri, ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini. Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan.

Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya. Perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. 

Apa yang berlaku kepada Johan dan Aishah. Saksikan Khurafat di pawagam berdekatan ^_^


Adegan ini paling membengangkan saya. Ya lah kenapa si Johan ni mendukung mayat Anna dan bawa berlari keliling hutan sedangkan mayat kawannya dibiarkan (pemandu ambulan). Membawa lari mayat yang dikapankan di dalam hutan ni menyeramkandan membengangkan saya...hehe...


Antara adegan yang menyeramkan. Hantu ni suka muncul kat siling, merangkak dari tingkap dan tangga dan juga merayap dari arah belakang... hehe...Mula-mula saya tertanya-tanya juga siapalah hantu ni? Apalah masalah dia dengan Johan dan Aishah. Di akhir cerita baru semuanya persoalan terjawab. Bukan Anna yang menjadi puncanya tetapi Johan. Kasihan juga kat Anna. Patutlah dia macam tak betul jer bila Johan berkahwin dengan Aishah. Rupa-rupanya untuk memikat Anna, Johan telah melakukan perjanjian dengan syaitan dan menyebabkan pintu hati Anna terbuka untuk menerima Johan.



Siapa yang meninggal ni? saksikan sendiri 'Khurafat' di panggung. Tak pun beli jer dvd, senang citer ^_^

No comments:

Post a Comment