Friday, September 17, 2010

Biskut Badam

Biskut Badam 

Resepi ni saya buat sendiri. Tak tiru mana-mana. Saya ni suka memasak, nak kata handal memasak tu tak lah, tapi alhamdulillah apa yang saya masak tu boleh la di makan, tak manis, tak pahit, tak masam ... hehe ... Cuma saya ni malas jer sikit ... hehe ...

Sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ni saya cuma buat 2 jenis biskut raya sahaja. Tak sempat nak buat banyak-banyak, sebab sibuk jaga peperiksaan dan menyemak kertas soalan.

So saya malas nak coret banyak-banyak kat sini. Ni resepi biskut badam. Walaupun buat sendiri tapi dengar dari tetamu yang datang, katanya sedap dari biskut beli. My sister pun kata cam gitu. Ayang, kawan fb saya pun kata gitu ^_^ hehe bukan nak puji diri sendiri tapi hakikatnya ... memang sedap agaknya ...


  • Dua cawan marjerin/ planta
  • 1 cawan minyak sapi
  • Tepung Serbaguna 
  • Badam halus
  • Badam yang dicincang
  • Dua cawan gula aising
  • Perisa Vanila
  • Telur (diambil kuning sahaja)
  • Masukkan marjerin dan gula aising ke dalam mangkuk (kacau sampai kembang)
  • Masukkan minyak sapi (kacau sampai kembang)
  • Sebiji telur (hanya diambil kuningnya sahaja) dan perisa vanilla (kacau sehingga kembang)
  • Selepas itu, campurkan bahan-bahan tadi dengan badam halus.
  • Masukkan tepung serbaguna. Uli sehingga dia menjadi doh
  • Biarkan dalam 10 minit
  • Tekap mengikut acuan kesukaan anda

  • Setelah ditekap dengan acuan, sapukan kuning telur di atasnya
  • Letakkan badam yang telah dicincang
  • Masukkan ke dalam ketuhar
  • Hasilnya seperti gambar di atas ^_^

No comments:

Post a Comment