Friday, September 17, 2010

Biskut Nestum


Ini adalah biskut kedua yang saya buat. Resepi memang saya cipta sendiri. Tak tengok buku. Kalau nampak dari rupa memang macam tak best jer kan ... ^_^ tapi jangan menilai sesuatu dari rupanya. Kadang-kadang rupa jer cantik, tapi rasanya belum tentu secantik rupanya.

  • 2 cawan marjerin/ planta
  • 2 cawan gula aising
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • 3 sudu susu
  • Perisa vanilla
  • Nestum
  • Badam cincang
  • Serbuk koko
  • Telur
  • Ceri/ Coklat Rice/ atau apa-apa sahaja sebagai hiasan

  • Masukkan marjerin dan gula aising (kacau hingga kembang)
  • Masukkan sebiji telur (hanya ambil kuningnya), perisa vanilla, 3 sudu susu (kacau hingga kembang)
  • Setelah itu masukkan nestum dan badam yang yang telah dicincang, bubuh sedikit serbuk koko (kacau hingga sebati)
  • Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh
  • Tekapkan dengan acuan (ikut kegemaran anda)
  • Sapukan kuning telur di atasnya dan letakkan hiasan (ikut kegemaran)
  • Masukkan ke dalam ketuhar
  • Dan hasilnya adalah seperti di atas  ^_^

No comments:

Post a Comment