Thursday, October 7, 2010

Story tentang mawar

Hari ini mawar rasa letih sangat. Sebenarnya bukan hari sahaja, tetapi sejak dua minggu ini. Terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Pulang dari office juga lewat. Macam hari ni, jam 7.30 pagi mawar keluar kerja dan jam 7.15 malam baru mawar sampai ke rumah. Dan malam ini mungkin akan berjaga lagi, entah sampai jam berapa. Perlu menyiapkan power point untuk kelas esok. Dua subject, 4 jam berturut. Memikirkan untuk bagi kuliah selama 4 jam juga buat mawar rasa penat. Inikan untuk menghadapinya esok. Tapi macam mana mawar merungut di sini atau dihadapan mak, mawar terpaksa jalankan tanggungjawab mawar. Mawar terpaksa melakukan yang terbaik. Ada beratus insan mengharap ilmu dari mawar. Jadi mawar tidak boleh sambil lewa. Jadi untuk merelekskan minda, mawar ambil keputusan meluahkan apa yang ada dihati mawar di sini. 


Anak murid mawar pun perasan akan kepenatan. Dalam kuliah semalam, hingga kelas tutorial hari ni, mereka asyik tegur mawar. "Cik mawar nampak letih, cik mawar rehatlah dulu". Aduhhh prihatinnya anak-anak muridku. Mawar cuma membalasnya, "Ya saya letih. Tapi saya boleh mengajar lagi". Sambil memberi senyuman kepada mereka, Itu prinsip mawar. Mawar jarang menunjukkan keletihan, kemarahan kepada anak-anak murid mawar. Apa jua situasi mawar akan tersenyum, mawar masih boleh tertawa, senyuman tidak akan hilang dari bibir mawar sebab selama ini mawar berpegang pada prinsip, apa jua situasi yang mawar hadapi, mawar tetap akan tersenyum walaupun hakikatnya hati mawar menderita, tersiksa. Cuma kalau mawar tak suka dengan sikap mereka, mulalah mawar membebel pot pet pot pet ... bukannya bebel apa, sekadar bagi nasihat.

Teringat kisah semalam, di dalam kelas tutorial dengan group PR. Kelas moral, perbincangan tentang isu buli. Ya Allah, riuh rendahnya kelas tu. Bukan kerana mereka bising, tetapi riuh rendah kerana mereka memberi pendapat, bertepuk tangan ... hehe ... mawar memang sayang dengan group ni, tapi paling nakal. Ini kali ketiga mawar ajar mereka. Jadi mereka dah tahu sikap mawar macam mana, dan mawar dah tahu sikap mereka macam mana. Teringat apa yang Shermond cerita tentang pengalamannya di buli di dalam kelas. Mawar tanya mereka, adakah perempuan juga terlibat dalam kes buli. Yang Shermond laju jer jawab, ya cik mawar .. saya setuju. Langsung mawar suruh dia cerita. So budak ni bangunlah berdiri dalam kelas mengimbas kembali kenangannya di buli masa di tingkatan 1. Lokasi dia dibuli di dalam bas."Cik mawar, masa saya tingkatan1, ada seorang budak perempuan ni bila lalu depan saya, dia mesti ketuk kepala saya. Tiap-tiap hari dia ketuk kepala saya. Lepas tu ejek-ejek saya". Lantas mawar tanya dia, apa tindakannya bila diperlakukan sedemikian rupa. "Saya diam saja cik mawar. Saya takut. Tapikan cik mawar lepas tu kami bercinta" hahaha satu kelas gelak. Riuh. "Itu bukan buli, itu tektik mengorat tu". Balas mawarnya padanya. ^_^ Dan ada banyak lagi pengalaman yang dikongsi bersama. Siap lagi berdebat dengan mawar bila mawar tak setuju dengan pendapat dari mereka. Itu yang mawar mahu dari mereka. Berani bercakap, berani berdebat dan berani mengeluarkan pendapat. Mawar memang rimas kalau tengok budak-budak pasif. Mawar pun jadi tak semangat.

No comments:

Post a Comment