Monday, October 18, 2010

Story Saya

assalamualaikum ...
Sudah beberapa hari saya tidak menulis sesuatu di blog ini. Kesibukan menyiapkan nota-nota untuk para pelajar dan power point untuk kuliah menyebabkan saya tidak dapat mengemaskini blog saya Itu belum study lagi. Bila ada waktu-waktu terluang saya sibuk mengadap ladang saya ^_^. Ladang???? emmm ladang apa pula ni. Kalau orang yang tak tahu mesti ingat saya ni rajin berladang, rajin bercucuk tanam... hehe ... tapi bagi yang mengenali, saya ni sebenarnya rajin berladang kat dalam komputer ... dah bertahun saya mengerjakan ladang kat 'Farmville' di facebook, tak pernah jemu dan bosan. Kalau stress dengan kerja, ada sesuatu yang menganggu fikiran saya, kat situlah saya bertapa supaya saya tak berfikir apa-apa yang lain.



Sebenarnya dunia saya kecil sahaja, setiap hari saya melakukan rutin yang sama, pergi kerja, mengadap anak-anak didik saya, berkongsi ilmu saya dengan mereka dan melayan setiap karenah mereka.Pulang dari kerja, perkara pertama yang akan saya buat buka komputer, mengadap komputer, sambil-sambil tu lah  saya makan, solat, tengok tv, buat nota dan sebagainya ... komputer saya memang dipasang dari saya pulang kerja hinggalah saya melelapkan mata. Saya tak punya ramai kawan. Kawan tu ada. tapi ramai yang sudah berumahtangga, bekerja dan punya kehidupan masing-masing. Jarang sekali keluar. Yang akrab dengan saya pun cuma Sue. Itupun tunggu dia balik seminggu sekali dari Bidor, baru kami keluar, Itu pun nasib baik Sue masih single lagi, kalau dia juga sudah berumahtangga, hilang lagilah teman saya. Sebab itu kalau mawar keluar pun biasanya dengan mak atau mak cik. Membawa mak cik keluar membeli belah dan membeli barang-barang keperluan memang sudah jadi kebiasaan saya kerana mereka tiada kereta. Jadi kalau nak ke mana pun memang saya yang akan dicari.

Selain daripada itu, mengunjungi rumah opah dan tok juga merupakan rutin saya Kadangkala bila pulang awal dari kerja, singgah kejap umah opah dan tok, tengok keadaan mereka, tanya apa yang ada dan tak ada. Tok dan opah tinggal berdua, masing-masing hampir mencecah 80 tahun. Alhamdulillah tok dan opah masih sehat. Cuma tok dah tak lalu nak kedai. Jadi memang saya dan mak yang akan di suruh tok untuk membeli barang-barang dapur. Kalau dua tiga hari tok tak nampak bayang saya pasti dia dah bising. Biasanya opah yang akan mengadu. Tok bising kalau lama tak datang, walhal kadangkala baru jer saya jenguk. ^_^

Bila menulis tentang tok dan opah, memang saya tak dapat bayangkan hidup saya tanpa mereka. dari kecil lagi saya rapat dengan mereka. Setiap hujung minggu saya akan minta mak hantar saya balik kampung. Kalau saya ada apa-apa pada merekalah saya mengadu. Dan yang paling penting, saya memang suka makan masakan tok. Kalau pergi umah opah, kalau tak buka tudung saji opah...hehe itu bukan sayalah namanya. Pas tu akan cakap "Opah, nak makan nasi" hehe...

Saya stop sini dulu , nanti saya sambung ... nak solat dan nak makan ... lapar ^_^

No comments:

Post a Comment