Monday, October 18, 2010

Happy Birthday, Sayang (Part II)

10 Oktober 2010 (Ahad minggu lepas) ... maknanya sudah seminggu peristiwa ini berlaku ... ^_^ maaf entri ini lambat dipaparkan lagi .... ^_^ kalau siaran berita, ini dah dipanggil berita basi ... semua orang dah tahu, baru terhegeh-hegeh nak siarkan .... hehe .. mujur saya tak jadi wartawan atau pemberita ... kalau tidak haru biru siaran tertunggak semuanya ...^_^

Oh, ya apa peristiwa yang berlaku 10 Oktober 2010??? Sejak Danish berusia setahun hingga dia cukup usianya 4 tahun, memang saban tahun mawar akan meraikan harijadinya. Saya akan buat parti kecil-kecilan buatnya. Tapi kadangkala ada juga yang saya jemput semua makcik-makcik dan anak buah-buah saya yang masih kecil datang untuk memeriahkan suasana. Tapi tahun ni saya buat kecil-kecilan saja untuk Danish. Dompet mak longnya tengah ciputtt hehe ^_^ ....

Di sini saya letakkan gambar-gambar masa parti. Sambutan cuma dibuat di rumah saya. Mak dan adik-beradik saya sahaja. 

Dalam jam 12 tengah hari saya gi ke Tesco. Bawa dia gi main bowling kat sana. Beli kfc dan bawa dia ke kedai kek. bila nampak gambar Upin dan Ipin, memang pilihan dia adalah kek inilah. Favourite kartun Danish.

4 lilin di kek menandakan genapnya usia Danish 4 tahun. paling best Danish dah tak pakai pampers lagi... ^_^. satu cerita lucu masa bawa danish pergi beli kek, tiba-tiba dalam kereta dia kata 'mak long nak beyakkk" ... saya suruh dia tahan. tapi kesian pula tengok dia pegang perut. Tiba-tiba teringat pula danish dah tak pakai pampers, teringat pula dia tak pakai seluar kecik kat dalam. ^_^ mencicit-cicit saya cari stesen minyak, akhirnya nampak Shell ... lega juga Danish ... mak long juga lega ...kalau tidak kereta mak long ...huhuhu ... bayangkanlah ... ^_^

Danish dan Pa

Ini aksi dua budak nakal. kalau dulu masa mereka berdua tengah kecil, senang nak tangkap gambar mereka. semuanya comel-comel belaka. Sekarang kalau tangkap gambar, macam-macam aksi dibuat mereka.
Danish dan Pa tiup lilin. Walaupun birthday Danish tapi kedua-dua adik -beradik ni akan tiup lilin dan potong kek sama-sama. Begitu juga masa birthday Pa. Tiap-tiap tahun memang macam gitu.

Potong kek, alahaiii ciannya upin dan ipin kena potong huhuhu ^_^

Antara menu pada hari parti Danish. Kfc, roti pizza, goreng pisang, sumi dan keropok. Minum petang dan seronok-seronok bersama keluarga tercinta.

Inilah keluarga saya. Dunia saya. Cinta saya yang sebenarnya. I LOVE MY FAMILY.

No comments:

Post a Comment