Thursday, January 6, 2011

Danish tak mau ke sekolah


Semalam adik saya call. Danish tidak mahu pergi sekolah (Tadika Kemas). Baru dua hari Danish dengan gembiranya pergi ke sekolah. Bila ditanya, katanya seronok pergi ke sekolah. Tetapi pada hari ketiga, katanya tak mau. Berulang kali saya pujuknya di telefon suruh dia pergi sekolah, jawapannya tetap sama iaitu "Tak mahu, Tak mahu". Bila dia tak nak mendengar saya memujuknya lagi, lantas terus diberinya telefon bimbit kepada emaknya.

Sempat juga saya tanya kenapa tak mau pergi sekolah. Katanya ada orang pukul. Hmmm ... baru 5 tahun dah ada yang memukul. Tu belum masuk sekolah rendah lagi tu, belum masuk sekolah menengah lagi. Kecil-kecil dah tunjuk samseng. Kasut sekolahnya juga turut hilang. Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang? Hmmm ... tapi ialah budak-budak .... tidak tahu berfikir lagi mana yang elok dan yang tak elok.


So ada sesiapa ada tips untuk atasi masalah ni? Saya memang tak ada idea. Tiada pengalaman hal-hal sebegini. Kalau berterusan dia tak mau bagaimana? Hari ketiga semalam, dia memang tidak mahu ditinggalkan. Akhirnya ikut ayahnya pulang semula.


Alahai Danish, janganlah macam ni. Pergilah sekolah yer sayang.

No comments:

Post a Comment