Friday, October 15, 2010

Perginya Khai

Saya terpaku apabila menjenguk blog adik kesayangan saya, Cd. Mata saya terpaku membaca satu demi satu baris-baris ayat yang ditulis oleh Cd. sebak rasanya.

Khai. Nama itu tidak asing dari saya. Walaupun saya tidak mengenali khai secara zahirnya  tetapi melalui entri-entri yang ditulis oleh Cd, begitu juga gambar-gambar Cd bersama Khai serba sedikit saya mengetahui tentang arwah Khai. Khai kawan akrab kepada cd. Dan kini Khai sudah tiada. Pergi untuk selamanya pada 30 September 2010 pada jam 3.15 pagi.  Saya dapat rasakan penderitaan Khai bertarung melawan kesakitannya selama 17 hari. 

Al-fatihah...semoga arwah Khai ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat..amin..

Buat adikku, Cd..smoga Cd tabah menghadapinya.....


Maaf Cd, akak ambil gambar ni di blog Cd. Gambar Cd dan arwah Khai.

2 comments:

  1. Mekacih kak ayu. Allah SWT lebih sayangkannya, esok lusa mungkin tiba waktu kita pula.

    AL-FATIHAH

    ReplyDelete
  2. sama-sama cD. akak doakan cD kuat dan tabah mengharungi liku-liku kehidupan ini. Akak tahu cD baru kehilangan abah, dan kini kawan baik cD. Akak dapat rasakan kesedihan cd. Akak juga pernah merasa kehilangan suatu ketika dahulu. yang pergi tetap akan pergi dan kita yang hidup ini banyakkan beramal ibadat dan mendoakan kesejahteraan mereka yang telah pergi meninggalkan kita.

    cD, maafkan akak juga kerana lama menyepikan diri. Tetapi akak tak pernah lupakan cD, adik musyuk masam akak ^_^

    semoga berbahagia selalu dik.

    ReplyDelete