Wednesday, January 19, 2011

Tentang Saya


Jam sudah 1 pagi. Saya masih di sini mengadap komputer saya. Sebenarnya saya ingin tidur tetapi mata saya tidak mahu terpejam, Saya penat sebenarnya. Badan penat, fikiran pun penat. Tetapi mata ini masih lagi segar, masih lagi bulat. Sudah hampir 30 minit saya berlegar-legar di facebook sebentar tadi, jadi akhirnya saya decide untuk mencatat sesuatu di sini. Tak ada cerita yang menarik cuma cerita kosong tentang saya.

Seminggu ni saya keletihan. Kenapa yer??? Sibuk menyemak kertas soalan. Saya tidak dapat menyiapkan dengan cepat. Agak letih membaca jawapan-jawapan yang diberi. Dalam satu jam saya cuma dapat menyiap 5 hingga 8 skrip jawapan. Tidak mampu meneruskan lagi. Bukannya jawapan mereka tidak betul, jawapan yang diberi betul, tetapi majoriti daripada mereka ayat tunggang langgang.Dan ada juga yang mentafsir maksud soalan salah. Soalan nak langkah, dijawabnya kesan, soalan nak teori yang menyokong, dijawabnya teori yang menentang. Jawapan memang panjang berjela-jela, nak tak nak, suka atau tidak suka, kena baca sampai habis. Itukan tanggungjawab saya, tugas saya. Mesti amanah dalam menjalankan kewajipan saya. Tak boleh cuai. Masa saya tulis entri ni, saya ada 70 skrip lagi untuk disiapkan. Insya Allah dalam tempoh 2 hari ni boleh siapkan. Usaha tangga kejayaan.

Hari ni saya dapat berita gembira dari kawan saya. Actually berita tu tak ada kena-mengena dengan saya. Tapi saya tumpang bahagia bila orang lain juga turut bahagia. Salah seorang kawan saya akan bernikah pada bulan February nanti. Berita baik. Cinta Cyber akhirnya ke jinjang pelamin. Tahniah yer kak!!! Saya bila lagi??? hahaha soalan yang susah nak dijawab tu. Semuanya terserah kepada ketentuan Allah. saya teringat perbualan saya dengan akak ni beberapa bulan nan lalu.

Akak J: Apa pendapat adik kalau ada orang nak kan akak?
Saya: Terima sajalah.
Akak J: Tapi akak dah tua. Dah tua-tua naik pelamin. rasa macam tak best.
Saya: Kalau sayalah kak saya akan terima. Saya tak nak hidup seorang diri. Saya perlukan teman. If ada seseorang nakkan saya, terima saya seadanya saya akan terima dia dalam hidup saya. Saya perlukan seorang suami yang akan melindungi dan menjaga saya, menyayangi saya dan saya juga perlukan anak yang akan menyeri kehidupan keluarga saya. 
Akak J:  Betul ke adik?
Saya: Akak kawan dulu. Kenal hati budi dia.

Begitulah antara perbualan saya dengan akak seorang ni. Dua bulan selepas itu, saya dikhabarkan dengan berita gembira. Alhamdulillah akhirnya terbuka juga pintu hatinya untuk mendirikan rumahtangga selepas menutup hatinya dari mana-mana insan bergelar lelaki.

Kadangkala saya termenung sendirian. Hidup berumahtangga ni bukannya mudah. Banyak pancarobanya. Banyak yang saya lihat dan baca. Kena persiapkan diri sebelum melangkah ke alam rumahtangga.

Saya harap pada suatu hari akan ada seorang lelaki yang akan menyambut tangan saya, mengenggam tangan saya dan tidak akan melepaskan tangan saya buat selama-lamanya. Lelaki yang akan menjadi pelindung saya, pembimbing saya, teman saya di sepanjang usia saya, dan lelaki yang akan bersama saya dalam suka dan duka. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terjadi pada saya, apa yang ada dihati saya. Suka duka yang saya alami selami ini. Moga kebahagiaan itu akan datang. Moga mimpi-mimpi itu akan menjadi realiti.

Jam tepat 1.30 pagi, saya rasa saya stop sini dulu dari terus mengarut dan mengarut kat sini. Jumpa lagi dengan cerita-cerita kosong saya. ^_^

No comments:

Post a Comment