Friday, January 28, 2011

Magika



Hari ni saya dah start cuti. Bukan sahaja hari ni tetapi hari Selasa dan Rabu lepas juga saya telah start cuti. Cuma semalam (Khamis) sahaja saya bekerja kerana ada meeting. Mulai hari ni saya akan bercuti lama, akan memulakan tugas dipertengahan bulan Februari. Lama ke? Kira lamalah tu?

Apakah aktiviti saya di masa cuti? Sebenarnya saya tidak ada perancangan khas untuk cuti ni. Tidak juga ke mana-mana. Cuma ingin merehatkan badan setelah bertungkus lumus semester lepas. Jadi tiba masa untuk saya berehat sepuas-puasnya kini.

Semalam saya beli 4 dvd iaitu Magika, Damping Malam, Estet dan Aku masih Dara. Dan pagi ni, seawal jam 8.30 pagi saya telah terpacak di hadapan tv, menonton Magika. Seronok juga citer. Memang sebelum ini saya memang teruja nak menontonnya di panggung tetapi tiada kesempatan dan saya juga bukannya rajin sangat nak ke panggung wayang cukup malas.

Saya puji sangat watak Diana Daniel. Dia cantik sekali. Menonton lakonan Ziana Zain sebagai nenek kebayan dan Aznil sebagai Pak Pandir memang menghiburkan hati saya. Cerita ni banyak lagu, ialah memang banyak lagu dah nama citer muzikal hehe ...


Ni Maya Karin...hehe ada sesiapa yang tak kenal Maya Karin? Rasanya semua kenalkan? Watak Maya Karin memang tiada dialog, dia asyik menyanyi saja .... watak 7 puteri (mungkin lebih) yang semuanya Maya Karin sedang menyanyi-nyanyi di tepi kolam. Mula-mula pelik juga saya tengok, ehhh naper muka semua puteri ni sama jer ....

Yang ni Pak Pandir lakonan Aznil Hj Nawawi. Mak Andeh dilakonkan oleh Raja Azura. Paling suka kat perut Pak Pandir, buncit semacam ... comel jer ....


Ni nenek kebayan, lakonan Ziana zain. Mantap gila lakonan Ziana Zain. Kerjanya dalam citer magika adalah menjual ubat awet muda, menjadikan yang tua muda semula. Ramuan ubatnya adalah air mata budak-budak. Sebab tu Fimie kena culik ngan Ziana Zain dalam citer ni.Yang kat belakang tu, Belalang dan bapaknya sedang menelepon nenek kebayan minta ubat kuat ^_^

Ni pula Bawang Putih ngan Bawang Merah, sesuai sekalilah ngan kaler baju tu. Lakonan adik beradik Sharifah Amani dan Sharifah Aleeya.Adik beradik yang comel. Kerjanya pun memang menjual bawang hehe .... maknya pula dilakonkan oleh Adibah Noor. tapi sikit sangat wataknya. Mak yang teringin nak makan ikan kaloi...


Cuba tengok betoi-betoi siapa orang hitam tu ..hehe ... tu lah Nabil. watak dia kelakar jugalah... adalah dialog yang buat saya gelak .. Mesti penat nak hitamkan wajah nabil ni ... huhuhu


Vanida melakonkan watak Mahsuri. Memang sesuai pun dia melakonkan watak ni, sebab Vanida memang cantik. Manis sekali wajahnya. Yang paling best ialah ketika Awang (lakonan Norman Hakim) membaling lembing kerana memburu Dayang dan terkena kat Mahsuri. Tercacak kat perut Mahsuri. Pas tu datang lak Hang Tuah lima bersaudara. Masa babak tu, saya tergelak tengok Mahsuri yang tercacak lembing (tembus depan belakang), boleh bangun dan berjalan terhuyung-hayang. Kelakar rasanya... hehe


Watak terakhir yang muncul ialah watak M. Nasir sebagai penunggu Tasik Chini Pas tu berubah jadi naga ... hehe ....

Kesimpulannya tak rugi saya beli dvd magika ni. Seronok dan tidak membosankan. Hopefully ada magika 2 pula.

Opsss lupa nak bagi siapa hero dan heroin citer ni. Tu mamat rambut panjang tu lah heronya (Mawi). Mawi melakonkan watak sebagai Badang dalam citer ni. Kira ok jugalah lakonannya. Tapi suaranya memang best lah ketika nyanyi. Yang heroinnya, seperti yang saya katakan ialah Diana Daniel si gadis jelita.

Wednesday, January 26, 2011

Tak Sihat Lagi

Tiba-tiba saya demam ...
Sakit perut saya masih belum hilang deman pula datang ...
Mungkin deman ini kerana saya tidak tahan menanggung sakit perut sejak malam kelmarin.

Apa puncanya???

Semalam saya keluar dengan mak dan mak cik ke Tesco. Beli barang-barang keperluan dapur. Di sebabkan hari sudah lewat, saya, mak dan mak cik singgah makan di Tesco. Menu pilihan saya adalah sizzling mee. Mak dan mak cik makan mee goreng. Sizzling mee tu boleh tahan sedapnya, tetapi ini mungkin kesilapan saya. Pantang nampak cabai. Saya gaulkan terlalu banyak cabai burung dengan sizzling mee saya. Memang pedas sangat, tapi saya tetap makan hingga habis.

Sampai di rumah, tak sampai 2 jam pun, perut saya memulas. Sakit perut yang teramat sangat. Malam tu saya tak leh tidur. Perut memang dah dilumurkan dengan minyak angin. Akhirnya saya telan panadol dan saya tidur dalam kesakitan.

Hari ni sakit saya berkurangan, tetap sesekali sakitnya datang. Sejak akhir-akhir ini saya begitu sensitif dengan penyakit. Silap sikit, silap jer makan pasti akan sakit. Ni tiba-tiba badan naik panas, kepala berdenyut-denyut. Saya bawa diri saya untuk memejamkan mata, tetapi pusing kanan pusing kiri mata saya masih tidak tertutup lagi. Saya tak berani nak makan ubat. Saya takut tertidur. Sebentar lagi saya kena ambil mak pulang dari kerja. Lepas tu kena bawa kereta ke workshop. Kereta saya buat hal lagi. Pening kepala memikirkan masalah kereta juga.

Jalan-Jalan, Pas Tu Makan ... ^_^


Bila dah penat nonton wayang, apa lagi kami berempat menyinggah kat Food Court di Jaya Jusco. Food Court sini memang sentiasa penuh. Terpaksa berpusing, berpusing dan pusing banyak kali untuk mencari tempat duduk.

Ialah mana tak ramainya, Jusco ni memang salah satu tempat tumpuan masyarakat di Ipoh untuk membeli belah. Kalau bukan kerana nak tengok wayang, jangan haraplah saya akan datang ke Jusco. Susah nak cari tempat meletak kenderaan, disebabkan bilangan pengunjung yang ramai.

Oh ya, bercakap pasal makan, terus terang hari tu saya teringin sangat nak makan ala barat. Hmmm ... seperti gambar di atas. Menarik tak? Agak-agak sedap tak? hehe ... Memang terus terang saya katakan, tak sedap langsung. Rugi RM 10 saya. Makan nasi goreng agaknya lagi sedap. Huhhh!! Merungut saya lagi. Tak tahu bersyukur langsung. Hmmm.... maaf ...


Bb, memilih menu di atas, claypot chicken rice. Memang kegemaran Bb. Bukan Bb saja, saya juga menggemari makanan ini. Nampak sedap kan???


Erna dan Tommy memilih untuk makan mee wantan. Pasangan dua sejoli yang tak dapat dipisahkan. Opsss gosip .... ampun Erna ... hehe ... actually kami berempat memang kawan baik dah bertahun-tahun lamanya.


Donut ni Tommy yang belanja. Memang harus dipuji, memang sedap hingga menjilat jari. Saya makan seketul sahaja. Terlalu kenyang. Lagipun saya memang tengah dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Jadi hanya leh pandang jer, cuci mata. tak leh makan banyak-banyak.

Dalam tak sedap pun habis juga ... hehe ... tu laaa manusia tak pernah sunyi dari nak merungut. Tapi sebenarnya satu sikap saya ialah saya tidak suka membazir. Suka atau tidak, sedap atau tidak saya makan juga ...
Bb pun tak habis, tak lalu katanya. Tak sedap. Sekarang susah nak cari claypot chicken rice yang sedap tu. Mana-mana saya pergi pun tetap sama. Berbeza sekali dengan dulu.
Waduhhh ... waduhhh ... kalau dilihat dari segi pinggannya, sudah pasti menyelerakan. tak tinggal sebutir pun hehe ....
Patung arnab kat ruang legar Jusco. Cantik. Sebenarnya dipersekitaran Jusco telah dihiasi dengan tema-tema Tahun Baru Cina. Ialah sudah hampir menjelang tiba. Tahun ni tahun arnab.

Khurafat

Seperti yang saya tulis dalam entri saya sebelum ni, saya telah menonton citer Khurafat pada hari Ahad lepas dengan Bb, Erna dan Tommy. 

Dari sudut pandangan saya, citer ni memang menyeramkan. Ada banyak adegan-adegan yang membuatkan jantung saya hampir luruh. Bb dan Erna memang dah gelakkan saya apabila saya menutup muka saya dengan tudung. Itu belum dikira apabila saya mengenggam peha Erna dan Bb. Tapi yang tak bestnya, saya rasa citer ni terlalu pendek. Kalau ikut kiraan saya, cuma 1 jam 15 minit sahaja. Rasa tidak puas menontonnya. Untuk citer ni saya bagi 5 bintang dari 5 bintang juga. Syabas kepada Syamsul Yusuf. Hasil percubaan pertama untuk menghasilkan karya seram dan akhirnya berjaya.

SINOPSIS:

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah.

Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri, ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini. Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan.

Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya. Perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. 

Apa yang berlaku kepada Johan dan Aishah. Saksikan Khurafat di pawagam berdekatan ^_^


Adegan ini paling membengangkan saya. Ya lah kenapa si Johan ni mendukung mayat Anna dan bawa berlari keliling hutan sedangkan mayat kawannya dibiarkan (pemandu ambulan). Membawa lari mayat yang dikapankan di dalam hutan ni menyeramkandan membengangkan saya...hehe...


Antara adegan yang menyeramkan. Hantu ni suka muncul kat siling, merangkak dari tingkap dan tangga dan juga merayap dari arah belakang... hehe...Mula-mula saya tertanya-tanya juga siapalah hantu ni? Apalah masalah dia dengan Johan dan Aishah. Di akhir cerita baru semuanya persoalan terjawab. Bukan Anna yang menjadi puncanya tetapi Johan. Kasihan juga kat Anna. Patutlah dia macam tak betul jer bila Johan berkahwin dengan Aishah. Rupa-rupanya untuk memikat Anna, Johan telah melakukan perjanjian dengan syaitan dan menyebabkan pintu hati Anna terbuka untuk menerima Johan.



Siapa yang meninggal ni? saksikan sendiri 'Khurafat' di panggung. Tak pun beli jer dvd, senang citer ^_^

Monday, January 24, 2011

Selamat Malam

Akhirnya selesai juga saya menyiapkan semua kerja-kerja saya. Mulai saat ini saya boleh berehat sepuas-puasnya sehingga semester start semula dipertengahan bulan Februari. Semester akan datang jadual saya padat. Jam mengajar 25 jam seminggu belajar dicampur lagi dengan waktu consultation. Kalau nak dikira, semester akan datang, saya akan bertapa di office dari jam 9 pagi hingga 5 dan mungkin ada waktunya akan balik sehingga mencecah jam 7. Harap-harap tak adalah yang balik jam 7. Saya lebih suka kelas bermula di awal pagi dan habis petang dan bukannya lewat petang. Tapi bila difikirkan juga, bagus juga jadual saya penuh. Sekurang-kurangnya saya boleh melupakan sedikit masalah saya dan sekaligus saya boleh mengurangkan waktu saya melayari fb di rumah. sekarang ni pun saya dah kurang sedikit. Cuma layan games sahaja. Dan saya harap saya boleh kurangkan lagi.

Hari ni saya keluar bersama-sama rakan sekerja saya di kolej lama. Hmmm ...sangat-sangat gembira. Bb, dan Tommy sekarang bekerja dengan saya di tempat yang sama. Cuma Erna, di tempat lain. Pertemuan tadi mengimbas kembali zaman kami bekerja di kolej lama. walaupun kolej kecil, tetapi kami umpama satu keluarga yang bahagia. Sering bersama seperti belangkas. Dan yang penting kami kongsi suka dan duka kerja di situ. Terutama sekali bila pergi buat marketing di tengah panas, dikejar anjing yang besar .... aduhhhh ... cat-mengecat bangunan ... hahaha ... dah rasa jadi macam tukang cat jer masa tu. Tapi alhamdulillah walaupun ada sedikit rungutan buat kerja seperti tu, tapi semuanya kami lakukan bersungguh-sungguh. Banyak sebenarnya yang saya dan lalui dengan teman-teman saya di tempat kerja lama. Apa-apa pun semuanya memberi kekuatan kepada kami. Mana ada kerja yang senang bukan?

Oh ya ke mana saya pergi dengan teman-teman saya tadi? Sebenarnya kami berempat menonton wayang "Khurafat" yang digembar-gemburkan menyeramkan dan telah mengutip kutipan 4 juta dalam tempoh seminggu (kalau tidak silap saya, kalau salah tolong maafkan). Esok saya akan ulas tentang cerita tersebut. Sekarang saya tak lalu, mata saya dah mengantuk. Sudah berair menahan ngantuk. Best ke citer tu? Seram ke citer tu? Tunggu esok yer (actually sekarang pun dah jam 1.09 pagi). 

Saya stop sini dulu. Jumpa lagi. Salam sayang. Assalamualaikum dan Selamat Malam.

Sunday, January 23, 2011

Rezeki

Alhamdulillah, rezeki saya bertambah baik sejak akhir-akhir. Semuanya berkat usaha saya. Kesabaran dan usaha saya bersengkang mata hampir setiap malam, menghabiskan masa cuti saya dengan membuat kerja-kerja dihadapan komputer ini. Berbaloi juga ya apabila usaha kita membuahkan hasil.

Kali saya tidak mahu membazir. Saya nak simpan duit. Mak dah pesan banyak kali kat saya, 'amalkan sikap suka menabung'. Saya hanya tahu menabung duit syiling saja. Bila dah penuh saya akan tukar kat kedai runcit dan saya guna untuk perbelanjaan hehe ^_^ Saya tahu antara saya dan adik-adik, mak agak risaukan saya. Pertama, kerja saya masih belum cukup stabil berbanding adik-adik saya yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Keduanya, saya tidak kedekut ... hehe ... maksudnya tu saya suka membazir.

Mak cukup happy sangat bila saya dapat bonus. Malam tu (Jumaat malam sabtu), saya bawa mak dan adik-adik saya makan di luar rumah. Sebenarnya saya nak bawa tok dan opah sekali sebab tahun lepas pun saya buat perkara yang sama, tetapi tahun ni tok dan opah tak mau pergi kerana opah tak lalu berjalan (kesihatannya tidak mengizinkan). Saya paling suka lihat reaksi tok apabila saya memberi duit belanja padanya. Perkataan syukur berulang kali ke luar dari bibirnya sambil tangannya menadah mendoakan rezeki saya. Itulah tok saya, tok yang paling dan teramat-amat saya sayang. Sebab tu setiap bulan, dapat saja gaji saya akan pergi ke Tesco beli barang-barang dapur untuk tok dan opah terutama barangan segar. Kesukaran tok untuk pergi ke kedai sendirian membuatkan saya mengambil keputusan sedemikian. Begitu juga kerana saya tak mau lihat mereka makan rebus-rebus dan terlampau berjimat sangat membuatkan saya, mengeluarkan sedikit dari gaji saya dan saya belanjakan untuk keperluan tok dan opah. Saya happy berbuat demikian. Yang penting orang-orang yang saya sayang bahagia. Biarlah kadangkala gaji saya pun tak cukup untuk memenuhi kehendak-kehendak saya (tetapi keperluan itu mencukupi), asalkan selagi ada tok, opah dan mak, saya akan buat segalanya. Rezeki tu ada di mana-mana. Kata mak, kalau kita kongsikan rezeki kita dengan orang lain (ke jalan yang betul) Insya Allah. rezeki kita akan dilipat gandakan oleh Allah. Saya setuju tu, sebab bila saya bersedekah ke, pasti saya dapat lebih dari itu tetapi cubalah kalau saya jumpa duit, dan saya guna walaupun 20 sen, saya pasti akan hilang lebih banyak dari itu. 

Oh ya bercakap tentang bonus saya ... hehe ... saya memang suka melalut bila start menulis entri... Nak buat apa yer. Separuh darinya saya dah simpan untuk ASB saya. Saya tak der keinginan nak beli apa-apa, cuma hanya satu sahaja yang saya teringin iaitu saya nak tukar spek mata saya ni. Dah calar balar. Dah hampir 4 tahun saya guna spek mata ni. Mungkin ini juga merupakan satu penyebab kenapa saya seringkali sakit kepala.

"Ya Allah, terima kasih atas rezeki yang kau berikan kepada hambamu ini".
Alhamdulillah ....

Friday, January 21, 2011

Ngantuk Sangat


1.15 pagi
Saya masih di sini
Mata saya dah bengkak menahan ngantuk ...
Tilam, selimut, bantal busyuk semuanya sedang melambai-lambai ke arah saya ...
Arghhhh!!! saya mesti bertahan ...
Tinggal sedikit untuk saya siapkan ...
Cuma tinggal rekod sahaja ...
Lepas itu segalanya akan berakhir
Usaha Tangga Kejayaan
Semangat!! Semangat!!!


Huhhhhh !!!!! Dah tau kerja tak siap, masih dok sempat layan blog kenapa ni??????
Alamakkkk!!!
Saya buat kerja dulu hehe ...

Wednesday, January 19, 2011

Tentang Saya


Jam sudah 1 pagi. Saya masih di sini mengadap komputer saya. Sebenarnya saya ingin tidur tetapi mata saya tidak mahu terpejam, Saya penat sebenarnya. Badan penat, fikiran pun penat. Tetapi mata ini masih lagi segar, masih lagi bulat. Sudah hampir 30 minit saya berlegar-legar di facebook sebentar tadi, jadi akhirnya saya decide untuk mencatat sesuatu di sini. Tak ada cerita yang menarik cuma cerita kosong tentang saya.

Seminggu ni saya keletihan. Kenapa yer??? Sibuk menyemak kertas soalan. Saya tidak dapat menyiapkan dengan cepat. Agak letih membaca jawapan-jawapan yang diberi. Dalam satu jam saya cuma dapat menyiap 5 hingga 8 skrip jawapan. Tidak mampu meneruskan lagi. Bukannya jawapan mereka tidak betul, jawapan yang diberi betul, tetapi majoriti daripada mereka ayat tunggang langgang.Dan ada juga yang mentafsir maksud soalan salah. Soalan nak langkah, dijawabnya kesan, soalan nak teori yang menyokong, dijawabnya teori yang menentang. Jawapan memang panjang berjela-jela, nak tak nak, suka atau tidak suka, kena baca sampai habis. Itukan tanggungjawab saya, tugas saya. Mesti amanah dalam menjalankan kewajipan saya. Tak boleh cuai. Masa saya tulis entri ni, saya ada 70 skrip lagi untuk disiapkan. Insya Allah dalam tempoh 2 hari ni boleh siapkan. Usaha tangga kejayaan.

Hari ni saya dapat berita gembira dari kawan saya. Actually berita tu tak ada kena-mengena dengan saya. Tapi saya tumpang bahagia bila orang lain juga turut bahagia. Salah seorang kawan saya akan bernikah pada bulan February nanti. Berita baik. Cinta Cyber akhirnya ke jinjang pelamin. Tahniah yer kak!!! Saya bila lagi??? hahaha soalan yang susah nak dijawab tu. Semuanya terserah kepada ketentuan Allah. saya teringat perbualan saya dengan akak ni beberapa bulan nan lalu.

Akak J: Apa pendapat adik kalau ada orang nak kan akak?
Saya: Terima sajalah.
Akak J: Tapi akak dah tua. Dah tua-tua naik pelamin. rasa macam tak best.
Saya: Kalau sayalah kak saya akan terima. Saya tak nak hidup seorang diri. Saya perlukan teman. If ada seseorang nakkan saya, terima saya seadanya saya akan terima dia dalam hidup saya. Saya perlukan seorang suami yang akan melindungi dan menjaga saya, menyayangi saya dan saya juga perlukan anak yang akan menyeri kehidupan keluarga saya. 
Akak J:  Betul ke adik?
Saya: Akak kawan dulu. Kenal hati budi dia.

Begitulah antara perbualan saya dengan akak seorang ni. Dua bulan selepas itu, saya dikhabarkan dengan berita gembira. Alhamdulillah akhirnya terbuka juga pintu hatinya untuk mendirikan rumahtangga selepas menutup hatinya dari mana-mana insan bergelar lelaki.

Kadangkala saya termenung sendirian. Hidup berumahtangga ni bukannya mudah. Banyak pancarobanya. Banyak yang saya lihat dan baca. Kena persiapkan diri sebelum melangkah ke alam rumahtangga.

Saya harap pada suatu hari akan ada seorang lelaki yang akan menyambut tangan saya, mengenggam tangan saya dan tidak akan melepaskan tangan saya buat selama-lamanya. Lelaki yang akan menjadi pelindung saya, pembimbing saya, teman saya di sepanjang usia saya, dan lelaki yang akan bersama saya dalam suka dan duka. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terjadi pada saya, apa yang ada dihati saya. Suka duka yang saya alami selami ini. Moga kebahagiaan itu akan datang. Moga mimpi-mimpi itu akan menjadi realiti.

Jam tepat 1.30 pagi, saya rasa saya stop sini dulu dari terus mengarut dan mengarut kat sini. Jumpa lagi dengan cerita-cerita kosong saya. ^_^

Hari Pertama Ke Sekolah


Saya dapat gambar ni dari adik perempuan saya semasa saya pergi ke Grik tempohari. Hari pertama Danish ke sekolah. Comel sungguh dan bersemangat sekali dia di hari pertama. Lihat wajahnya, senyum sahaja. Itulah manja mak long. Belajar rajin-rajin ya sayang.


Danish dan Pa. Mesra dua beradik ni. Seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Kalau dilihat pada gambar seolah-olah Pa juga akan pergi ke sekolah. Tapi sebenarnya tidak. Menurut kata adikku, Pa juga akan bersiap setiap pagi seolah-olah pergi ke sekolah. Dia turut sekali menghantar abangnya ke sekolah dengan memakai pakaian seragam sekolah. Cute kan!



Saturday, January 15, 2011

Persiapan ke Grik

Assalamualaikum ...

Hari Sabtu yang tenang. Cuaca agak panas hari ni. Hari ini saya dan keluarga akan pergi ke Grik, rumah adik perempuan dan cinta hati saya yang bertiga itu.

Sejak dari pagi sebenarnya saya telah bersiap-siap. Actually sekarang ni pun saya dah siap. Cuma tunggu emak sahaja yang tengah berkemas. Maklumlah, mak baru pulang dari kerja.

Saya rindu sangat dengan Danish, Pa dan Yaya. Especially my manja, Danish. Dah 2 minggu tidak menatap wajah mereka bertiga. Tambah Danish dah mula pergi ke tadika. Ingin sekali mendengar cerita darinya tentang keadaannya di tadika. Al-maklumlah baru 2 hari ke tadika tempohari, dia dah merengek tak mau pergi. Dua hari dihantar ke tadika dan mengikut ayahnya pulang semula ... hehe ... Danish oh Danish ... mujur lepas dipujuk-pujuk kemudiannya, baru dia nak pergi.

Saya juga ada memujuknya melalui telefon. Suruh dia pergi ke sekolah dan saya berjanji padanya, kalau dia ke sekolah saya akan belikan alat tulis Upin dan Ipin untuknya. So untuk menunaikan janji saya pada dia, semalam saya dan mak pergi ke Tesco. Nasib baik ada. Takut juga kehabisan stok. Untuk Pa pula saya belikan lori mainan untuknya. Malas nak beli hadiah yang sama dengan Danish sebab banyak kali saya beli pensil warna untuknya, tetapi tak sampai sejam semuanya dah hilang entah ke mana. Kali ni saya decide, alat tulis untuk Danish dan lori mainan untuk Pa. Saya turut membeli 2 buku warna untuk setiap seorang. Untuk Yaya, mak long tak ada beli apa-apa.  Yaya kecil lagi. Beli mainan untuk Yaya, umpama beli mainan untuk kedua-dua abangnya. habis dikerja dan dirosakkan oleh abangnya.... hehe ... Yaya terima ciuman mak long jer lah nanti ya.

Alat tulis  untuk Danish (Kotak pensel, pembaris, pensel dan pensel warna) dan juga buku warna.


Alat permainan untuk Pa dengan buku warna.


Opss yang ini apa pula... hehe ... ini adalah kerja-kerja yang terpaksa saya bawa bersama. Kertas jawapan peperiksaan, 3 bungkus sampul surat semuanya. Masa itu emas, di mana saya berada pun saya kena membawanya juga walaupun hanya setakat menanda 5 hingga 10 skrip kertas jawapan. Tarikh untuk menghantar sudah dekat, masih banyak lagi yang perlu disemak. Aduhaiiii ..... ginilah kerja jadi pendidik ... kerja bukan setakat di tempat kerja tetapi semuanya bawa pulang ke rumah. Waktu cuti pun terpaksa juga menyiapkan kerja-kerja. Emmm ... merungut lagi nampaknya saya ni ....

Ok setakat ni dulu entri saya. Emak saya dah siap, moga saya dan keluarga selamat sampai ke destinasi.

Thursday, January 13, 2011

Ibu dan Anak


Wahhhh seronoknya kedua anak beranak ni landing di atas keretaku. Sambil berdiri di depan muka pintu saya membebel kepada kedua ekor anak kucing saya ini (sudah biasa membel kepada kcing-kucing), tapi mereka dengan selamba jer memandang saya. Muka seposen.

Tak apa, hari ni mood saya baik. Duduklah berehat atas kereta tu. Tapi kalau bawa boyfriend landing sama, emmmm ...siap akan saya kejar keliling rumah hehe ... amboi garangnya.


Ini Comel. Ibu segala kucing yang ada di rumah saya ... hehe ... Comel kucing awet muda ... walaupun sudah berusia tapi tetap Comel ...

Hmmm ... entri mengarut apa yang saya tulis hari ni. Biarlah saya punya blog ...suka hati sayalah nak tulis apa ... hehe ..

Maaf ya kalau terkasar bahasa.

Wednesday, January 12, 2011

Story About Me


Assalamulaikum ...
Hampir 6 hari saya tidak mencatatkan sesuatu di sini. Kesibukan sedikit kerana menghabiskan semester terakhir. Alhamdulillah sekarang semester sudah pun selesai. Cuma sekarang ni sibuk dengan peperiksaan dan menyemak kertas. Membaca skrip-skrip jawapan lagilah memeningkan, dalam satu hari hanya beberapa keping sahaja yang mampu saya baca. Tidak mampu rasanya membaca ayat yang tunggang langgang dan tulisan yang entahlah, pelbagai bentuk rupanya. Agaknya beginilah perasaan cikgu dan pensyarah saya dahulu yang membaca jawapan dan membaca setiap tulisan saya ... hehe ^_^ Emmm ... merungutlah lagi saya. Itulah manusia tak pernah puas, ada sahaja yang ingin dirungutkan. Tak dapat nak cari orang dibebelkan, kat sini pun jadilah .... hahaha ... tak apa yang penting hati puas ...

Hampir seminggu saya sakit pinggang. Duduk tak kena, baring tak kena. Ubat sendi dan makan, tapi masih tak elok-elok lagi. Adalah saya terbaca di saru ruangan akhbar, sakit pinggang ni berpunca daripada duduk yang lama, berjam-jam (terutamanya yang kerja pejabat yang memerlukan 8 jam duduk) dan juga cara duduk yang tidak betul. Benarkah? Rasanya benar kot. Sebab saya memang sentiasa duduk berjam-jam mengadap komputer dan saya tahu cara duduk saya juga tidak betul. Suka membongkokkan diri. Namun dari informasi yang saya dapat dari laman web, sakit pinggang ini berpunca daripada:
  • Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
  • Melompat dari tempat tinggi.
  • Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
  • Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
  • Sering melakukan aktiviti lasak
Kurang bersenam tu adalah, cuma adalah 2 minggu ni saya rajin besenam. Lepas-lepas bersenam tulah yang jadi cam gini ... ^_^ mungkin agaknya .... Apa pun puncanya, saya memang rimas bila sakit-sakit sebegini. Apa kerja tak jadi nak buat, asyik nak baring jer untuk melegakan rasakan sakit.

Moga saya cepat sembuh. Saya ingin berlari seperti selalu (ialah tu macam yer lyer  aje saya ni rajin berlari)... hahaha ...

Sekian dahulu cerita saya. Saya nak pergi kerja. Jumpa lagi ^_^

Thursday, January 6, 2011

Danish tak mau ke sekolah


Semalam adik saya call. Danish tidak mahu pergi sekolah (Tadika Kemas). Baru dua hari Danish dengan gembiranya pergi ke sekolah. Bila ditanya, katanya seronok pergi ke sekolah. Tetapi pada hari ketiga, katanya tak mau. Berulang kali saya pujuknya di telefon suruh dia pergi sekolah, jawapannya tetap sama iaitu "Tak mahu, Tak mahu". Bila dia tak nak mendengar saya memujuknya lagi, lantas terus diberinya telefon bimbit kepada emaknya.

Sempat juga saya tanya kenapa tak mau pergi sekolah. Katanya ada orang pukul. Hmmm ... baru 5 tahun dah ada yang memukul. Tu belum masuk sekolah rendah lagi tu, belum masuk sekolah menengah lagi. Kecil-kecil dah tunjuk samseng. Kasut sekolahnya juga turut hilang. Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang? Hmmm ... tapi ialah budak-budak .... tidak tahu berfikir lagi mana yang elok dan yang tak elok.


So ada sesiapa ada tips untuk atasi masalah ni? Saya memang tak ada idea. Tiada pengalaman hal-hal sebegini. Kalau berterusan dia tak mau bagaimana? Hari ketiga semalam, dia memang tidak mahu ditinggalkan. Akhirnya ikut ayahnya pulang semula.


Alahai Danish, janganlah macam ni. Pergilah sekolah yer sayang.

Monday, January 3, 2011

Motivasi Tahun Baru



Hari Isnin Pertama 2011. Moga semuanya berjalan lancar. Moga apa yang berlaku pada tahun sebelumnya dijadikan pengajaran dan sebagai panduan untuk kita meneruskan hari-hari yang akan datang.


Jadikan hari ini untuk satu permulaan yang baik untuk kita mencapai matlamat atau sampai ke destinasi yang kita impikan. Tentukan matlamat dan cuba segala upaya untuk mendapatkannya. Jangan hanya bercakap sahaja, tetapi tidak disertai dengan usaha. Kejayaan itu tidak akan datang bergolek ke kaki begitu sahaja. Semuanya harus dimulai niat, usaha, kesabaran dan doa.

Jangan sesekali putus asa. Pasti kejayaan dan kebahagiaan sedang menunggu kita.


Kejayaan itu Terletak di Tangan Kita. Kita yang menentukannya. Kita juga yang mencorakkan masa depan kita

Saturday, January 1, 2011



SELAMAT TAHUN BARU ...
SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM 
YANG BERLALU BIARKAN BERLALU
JADIKAN APA YANG BERLAKU SEBAGAI PENGAJARAN DI HARI YANG AKAN DATANG