Sunday, January 23, 2011

Rezeki

Alhamdulillah, rezeki saya bertambah baik sejak akhir-akhir. Semuanya berkat usaha saya. Kesabaran dan usaha saya bersengkang mata hampir setiap malam, menghabiskan masa cuti saya dengan membuat kerja-kerja dihadapan komputer ini. Berbaloi juga ya apabila usaha kita membuahkan hasil.

Kali saya tidak mahu membazir. Saya nak simpan duit. Mak dah pesan banyak kali kat saya, 'amalkan sikap suka menabung'. Saya hanya tahu menabung duit syiling saja. Bila dah penuh saya akan tukar kat kedai runcit dan saya guna untuk perbelanjaan hehe ^_^ Saya tahu antara saya dan adik-adik, mak agak risaukan saya. Pertama, kerja saya masih belum cukup stabil berbanding adik-adik saya yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Keduanya, saya tidak kedekut ... hehe ... maksudnya tu saya suka membazir.

Mak cukup happy sangat bila saya dapat bonus. Malam tu (Jumaat malam sabtu), saya bawa mak dan adik-adik saya makan di luar rumah. Sebenarnya saya nak bawa tok dan opah sekali sebab tahun lepas pun saya buat perkara yang sama, tetapi tahun ni tok dan opah tak mau pergi kerana opah tak lalu berjalan (kesihatannya tidak mengizinkan). Saya paling suka lihat reaksi tok apabila saya memberi duit belanja padanya. Perkataan syukur berulang kali ke luar dari bibirnya sambil tangannya menadah mendoakan rezeki saya. Itulah tok saya, tok yang paling dan teramat-amat saya sayang. Sebab tu setiap bulan, dapat saja gaji saya akan pergi ke Tesco beli barang-barang dapur untuk tok dan opah terutama barangan segar. Kesukaran tok untuk pergi ke kedai sendirian membuatkan saya mengambil keputusan sedemikian. Begitu juga kerana saya tak mau lihat mereka makan rebus-rebus dan terlampau berjimat sangat membuatkan saya, mengeluarkan sedikit dari gaji saya dan saya belanjakan untuk keperluan tok dan opah. Saya happy berbuat demikian. Yang penting orang-orang yang saya sayang bahagia. Biarlah kadangkala gaji saya pun tak cukup untuk memenuhi kehendak-kehendak saya (tetapi keperluan itu mencukupi), asalkan selagi ada tok, opah dan mak, saya akan buat segalanya. Rezeki tu ada di mana-mana. Kata mak, kalau kita kongsikan rezeki kita dengan orang lain (ke jalan yang betul) Insya Allah. rezeki kita akan dilipat gandakan oleh Allah. Saya setuju tu, sebab bila saya bersedekah ke, pasti saya dapat lebih dari itu tetapi cubalah kalau saya jumpa duit, dan saya guna walaupun 20 sen, saya pasti akan hilang lebih banyak dari itu. 

Oh ya bercakap tentang bonus saya ... hehe ... saya memang suka melalut bila start menulis entri... Nak buat apa yer. Separuh darinya saya dah simpan untuk ASB saya. Saya tak der keinginan nak beli apa-apa, cuma hanya satu sahaja yang saya teringin iaitu saya nak tukar spek mata saya ni. Dah calar balar. Dah hampir 4 tahun saya guna spek mata ni. Mungkin ini juga merupakan satu penyebab kenapa saya seringkali sakit kepala.

"Ya Allah, terima kasih atas rezeki yang kau berikan kepada hambamu ini".
Alhamdulillah ....

2 comments:

  1. Alhamdulillah...
    Usaha tangga kejayaan..
    Baguslah menabung di ASB.
    Tak sabar nak kerja, pegang duit sendiri

    ReplyDelete
  2. yap menabung bagus untuk masa depan ...
    tapi akak ni liat sikit nak menabung ...
    asyik nak berbelanja jer ..hehe

    ReplyDelete