Friday, December 17, 2010

Ada-ada jer lah: Soy Collagen

Assalamualaikum...

Hampir jam 12 malam, lagi 6 minit nak jam 12. Mata saya masih belum mengantuk lagi. Sebentar tadi saya berlegar-legar di facebook, membuatkan saya rasa bosan seketika. Malam ini facebook saya sunyi. Saya juga tidak rajin untuk update status seperti malam-malam sebelum ini. Tiada madah untuk malam ini. ^_^

Emak sudah masuk ke bilik. Tinggal saya sahaja di ruang tamu. Dalam kebosanan, saya teringat gambar-gambar yang saya ambil sebelum ini. Ahad lepas saya keluar dengan emak seperti biasa (memang sejak akhir-akhir ini saya banyak keluar bersama emak). Singgah di Tesco. Nampak produk ini. Sebelum ini pun saya pernah melihat adik saya minum produk ini, begitu juga dengan mak cik saya. Fungsinya adalah untuk mencantikkan kulit wajah dan juga untuk kesihatan. Memang sebelum ini, saya lihat adik saya minum, saya perhatikan kulit dia lebih licin, dan halus. Apabila diterangkan lagi oleh penjual (biasalah penjual, semuanya  akan dikatakan baik ^_^), makin merontalah hati saya untuk membelinya.


Setelah termakan dengan pujuk rayu (dan sebelum ini pun memang ada keinginan untuk mencubanya) akhirnya saya beli jugalah. Ada kotak kecil dan besar. Saya malas nak pergi beli banyak kali, jadi saya beli kotak besar dengan harga RM 70.00. Mahal juga tu. Puas saya pujuk untuk turunkan harga lagi, tetapi tidak berkesan. Mungkin teknik memujuk saya masih lemah lagi.

Harapan saya kali ini begitu besar. Moga ada perubahan pada kulit saya. Saya memang runsing melihat ton warna yang tidak sekata di wajah saya. Jerawat bukan masalah besar buat saya. Bukan saya nak bercakap besar, tetapi walaupun saya jarang menampal muka saya dengan krim, alhamdulillah muka saya bersih dari jerawat, kalau ada pun sebulan sekali. Itu pun time ehemmm ... faham jer lah rutin orang perempuan setiap bulan.


Rasanya memang sedap. Rasa cam soya ... hehehe... dah memang soya ^_^ apalah saya ni .... cuma kena banyak minum air suam lepas meminumnya. Kesilapan saya adalah saya kurang minum. Ini menyebabkan tekak saya kering sangat. 

Cuma satu sahaja yang saya tidak faham, kenapa selepas meminumnya badan saya terasa lemah sangat dan lenguh seluruh badan. Adakah memang begini untuk permulaan atau lemah dan lenguh badan saya disebabkan perkara lain. Saya tak pasti tentang itu. Sudah 4 hari saya minum, memang lenguh-lenguh badan saya tidak hilang.

No comments:

Post a Comment