Friday, December 17, 2010

Story of My Life

Assalamualaikum ...

Jumaat datang lagi. Saya masih lagi terpacak dihadapan komputer. Menunggu masa untuk pergi kerja. Sejak beberapa minggu ni saya memang bercuti pada setiap hari Jumaat. Menghabiskan cuti tahun. Tambahan pula pada setiap Jumaat saya tidak ada kelas. Cuma hari ni jer, saya terpaksa melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Open Day, saya duty dari jam 11 pagi hingga jam 1. Sudah alang-alang pergi bekerja hari, saya juga buat replacement class untuk pelajar PR saya dari jam 1 hingga 2.30 petang.. Semester tinggal lagi dua minggu.

Dalam saat-saat terakhir semester ni, saya sibuk sekali untuk menghabiskan silibus, bimbang tak habis. Kertas ujian dan assignment juga banyak yang perlu disemak. Mendengar pembentangan dari pelajar lagi. Itu belum ditambah lagi menyediakan power point untuk kuliah dan buat nota. Nak kena study lagi. Aduhai ... pening saya. Hmmm ... merungut saya lagi. Tapi bukan nak merungut. Kadangkala dengar orang kata, alaaa jadi lecturer senang, berdiri dan bercakap jer dalam kelas. Balik pula boleh sesuka hati. A'aaaa memang betul sangatlah tu. Mereka tak sedar, kerja sebagai pada pendidik ni bukan sahaja di tempat kerja tetapi semuanya di bawa pulang ke rumah. Sabtu dan Ahad pun banyak dihabiskan mengadap komputer.

Walaupun saya punya masa untuk melayan facebook (terutama games yang saya main) dan juga blog, tetapi mereka tak sedar bahawa dalam satu masa kadangkala saya buat 3 atau 4 perkara dalam satu. Macam nescafe 3 in 1 tu ... ^_^ Dalam masa saya membuat nota, saya boleh merewang ke facebook. Bukannya lama, sekejap sahaja, sekadar update status atau menulis komen di fb teman-teman. Ada masa kepala ni perlukan rehat jugakan?

Sebenarnya, saya terlalu penat. Ingin sekali saya tidur awal. Tetapi jarang sekali saya tidur awal. Tetapi saya tahu kepenatan saya sejak akhir-akhir ni terlalu ketara. Dulu jarang sekali balik dari kerja saya tidur, tetapi sekarang pantang letak kepala atas bantal sudah pasti saya terlena. Sekarang ni pun saya rasa ingin memeluk bantal, menarik selimut saya tambahan cuaca sejak beberapa hari ini begitu sejuk sekali tetapi mimpi tetap mimpi, saya kena pergi kerja.


Inipun saya belum bersiap lagi. Jam 10 saya kena bertolak. Perjalanan dari rumah ke tempat kerja mengambil masa selama 40 minit. Sempat lagi saya menulis di sini. ^_^ Itulah saya ... komputer ini dunia saya ... komputer ini saya yang punya ...

Sekian sahaja story saya untuk pagi ni. Jumpa lagi ...

No comments:

Post a Comment