Saturday, December 18, 2010

Perjalanan Ke Grik


Pagi sabtu seawal jam 7 pagi saya telah pergi ke rumah mak su saya. Dia mahu pulang ke Kelantan hari ini untuk menghantar adiknya pulang. Jadi saya tumpang sekali, untuk sekerat jalan di sebabkan menggunakan jalan  yang sama. Emak menyuruh saya mengambil adik saya pulang. Suaminya masuk pulau. Jadi adik saya tidak boleh memandu seorang diri dari Grik ke Ipoh memandangkan anak-anaknya masih kecil. Lagipun merbahaya. Perjalanan bukannya dekat. Mengambil masa selama 2 jam.

Sebenarnya sejak subuh, hujan memang lebat. Perjalanan ke Grik memang dalam hujan. Saya masih sempat menangkap photo. Dari Ipoh ke Kuala Kangsar, mak su saya yang memandu kereta. Manakala dari Kuala Kangsar ke Grik saya yang memandu. Bergilir-gilir. Kasihan juga pada mak su saya. Perjalanan ke Kelantan bukannya dekat, jauh. Sekurang-kurangnya bila saya memandu selama sejam lebih tu, dia boleh berehat sebentar.

Masa ni hujan sudah reda, hanya renyai-renyai. Saya paling suka melihat kabus tebal yang menutupi bukit dan gunung ganang. Suasana menghijau disepanjang perjalanan menenangkan hati saya. Saya memang cukup suka dengan keadaan yang menghijau. Sejuk mata saya memandang, lapang segala fikiran saya.


Saya sampai di rumah adik sekitar jam 10.30 pagi. Hanya sebentar sahaja di rumahnya. Sempat menangkap gambar-gambar Danish, Pa dan Yaya. Dalam jam 12.30 saya pulang ke Ipoh. Kali ni saya tidak memandu. Saya menjadi penjaga budak. Yaya memang tidak mahu melelapankan mata. 2 jam lebih perjalanan, matanya bulat dan asyik menyuruh saya mengagahnya. Mata saya hampir terkulai layu tetapi bila diletakkan Yaya di tempat duduknya, pasti merengek meminta diambil. Jadi mau tak mau saya saya kena mengagahnya sepanjang perjalanan hehe ... ^_^

No comments:

Post a Comment