Tuesday, December 7, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432 H.

Assalamualaikum ...
Saya kembali lagi, mencatat sesuatu di sini untuk dikongsi bersama. Rasa macam sekejap  sahaja, sudah sampai ke tahun baru hijrah. Pejam celik pejam celik dah setahun. Dan usia kita juga semakin meningkat dari tahun ke tahun tetapi adakah amalan-amalan kita juga semakin meningkat? Tepuk dada tanya selera. Saya akui untuk diri saya, masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki terutama dari sikap/ tingkah laku, keimanan dan ketakwaan, ilmu dan karier saya.  

Minggu lepas dalam kelas tamadun, anak-anak saya sibuk bertanya, "Cik selasa depan cuti kan?" "Ya, cuti, jadi kelas kita akan diganti pada hari lain". Jawab saya ringkas. "Cuti awal Muharram kan Cik?" tanya salah seorang anak saya. Saya cuma mengangguk-anggukkan kepala saya. Anak-anak saya ni memang kalau bab-bab cuti ni memang seronok. "Cik, kenapa orang Islam sambut perayaan Awal Muharram? Awal Muharram tu perayaan apa Cik?" Tanya seorang lagi. Saya memandang ke arah Melody (pelajar yang bertanya soalan tersebut). Walaupun dia bukan berbangsa Melayu, bukan beragama Islam tetapi dia memang berminat untuk mengetahui. Jadi saya menerangkan satu demi satu tentang Hijrah. Bermulanya  dengan kisah penentangan orang Quraisy di Makkah, penghijrahan nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah, Persaudaraan antara orang-orang Muhajirin (orang Islam Makkah) dan Ansar (Orang Islam Madinah), permulaan kalendar baru bagi umat Islam serta penghijrahan dari sesuatu yang buruk kepada kebaikan. Alhamdulillah. Mereka berminat mendengar cerita saya. Sesekali mereka menyampuk, dan secara tak langsung mereka teringat balik apa yang mereka telah pelari di sekolah dahulu. Pelajar saya berbangsa Cina semuanya, 48 orang pelajar, syukur sangat kerana mereka berminat untuk mengetahuinya. Itu yang buat saya sayang kepada mereka.

Oh ya, berbalik semula kepada cerita saya, hmmm ... ramai yang tanya apakah azam saya tahun baru ini? Saya tidak mempunyai apa-apa azam. sudah beberapa tahun saya membuat azam, tetapi azam saya itu tidak tercapai juga. Cuma saya ada keinginan saja. Moga keinginan saya itu akan dimakbulkan Allah. Buat diri saya, satu ayat untuk saya "Cekalkan hati, bersemangat untuk bertempur di dunia yang mencabar ini, ingat Allah selalu dalam apa jua tindakan".



Lirik Lagu Maal Hijrah
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

No comments:

Post a Comment