Wednesday, December 22, 2010

Sakit Nak Bersalin



19 Disember 2010, seawal jam 5 pagi, adik lelaki saya menggerakkan emak saya. Katanya mahu ke hospital. Zana, adik ipar saya sudah sakit untuk bersalin. Saya tidak ikut sekali, menemani adik perempuan saya yang masih ada di rumah.

Dalam jam 7 saya menelefon adik lelaki saya, dia kata sudah ditahan di wad tunggu masa nak bersalin tetapi belum bersalin, baru buka 1 cm kata doktor. Tanda-tanda yang lain seperti keluar air (pecah ketuban, tak silap saya mungkin juga ejaannya salah di sini) masih belum lagi. Cuma kekerapan sakit. Tetapi doktor tidak mahu bertindak apa-apa, katanya normal bagi yang beranak sulung. Kena tunggu turun air ataupun kesakitan yang terlalu kerap.


Jadi adik ipar saya ditahan selama 3 hari di wad sebelum dibenarkan keluar pada hari ketiga. Kasihan juga melihat dia. Jauh dari keluarganya. Adik ipar saya orang Sabah. Hanya keluarga saya sahaja yang menemaninya. Itupun waktu melawat di hospital begitu singkat sekali. Sebelah tengah hari dari jam 1 hingga 2 petang, manakala sebelah petang dari jam 5 hingga 6.30 petang. Setiap hari pulang sahaja dari kerja, saya akan bergegas ke hospital melihatnya. Walaupun penat tetapi sekurang-kurangnya bila dapat melihat dia di hospital, hati saya rasa puas.


Gambar ini diambil di hadapan wad bersalin. Ini adalah aksi Danish dan Pa ketika menunggu saat-saat untuk masuk. Masih belum cukup masa. Membawa mereka ke hospital, umpama membawa mereka membeli belah di shopping complex. Ada sahaja yang ingin dibelinya terutama air dalam tin. Tambah kat sini macam-macam ada jual terutama kacang putih. Sudah pasti mereka merengek mahu membelinya. ^_^ Inilah tingkah laku cinta hati saya. Penat sebenarnya melayan karenah mereka tetapi saya puas dan gembira. Cinta hati saya dan kesayangan saya.


Aksi comel Pa yang sempat saya rakamkan di hadapan wad. Pa memang comel di dalam photo tetapi nakalnya teramat sangat.. hehe ^_^

No comments:

Post a Comment