Monday, December 27, 2010

Kelahiran Sham

26 Disember 2010, adalah hari paling bermakna buat saya dan keluarga. Lahir seorang lagi ahli keluarga saya di dunia. Cinta hati saya yang keempat hasil dari perkahwinan adik lelaki saya dan isterinya, Zana. Kehadirannya disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran. Cinta hati saya telah bertambah. 3 lelaki (Danish, Pa, Sham) dan 1 perempuan (Yaya). Makin sibuklah saya melayan anak-anak buah saya nanti. Tapi bila ya, saya akan punya zuriat saya sendiri??? hehe ... Emmm ... tak habis-habis lagi saya nak bermimpi. Saya tahu, arghhh tak perlu saya tuliskan di sini, biarkan ia menjadi rahsia peribadi saya sendiri.

Bercerita tentang kelahiran Sham. Seawal jam 2 petang, adik ipar saya telah mengadu kesakitan. Jadi adik lelaki dan mak telah membawa adik ipar saya ke Hospital Permaisuri Bainun. Saya tidak pergi. Kena tunggu adik perempuan saya di rumah. Yaya pun masih tidur. Dalam jam 5 petang baru saya, adik perempuan saya dan cinta hati saya yang bertiga bertolak ke hospital. Destinasi kami adalah dewan bersalin. Di situlah adik ipar saya ditempatkan. Kata, mak sejak dari datang tadi memang dah masuk ke dalam Dewan Bersalin. Doktor jangkakan jam 7.30 malam baru bersalin. Bersalin secara normal. Dari jam 5 petang hingga membawa ke jam 7 petang, saya dan keluarga berdebar-debar menunggu kelahiran ahli keluarga baru. Yang paling resah dan berdebar-debar sudah pastinya adik lelaki saya. Anak pertama katakan. Tambahan tidak tahu baby lelaki atau perempuan. Isteri yang disayanginya sedang bertarung dengan nyawa. Sudah pasti debarannya lebih kencang dari kami yang lain. Benar kata pepatah, penantian itu suatu penyiksaan. Sehingga jam 8.30 malam masih tiada lagi khabar berita. Menanti itu cukup meresahkan.

Kebetulan 26 Disember 2010, perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia-Indonesia (Piala Suzuki). Dalam menunggu, ramai yang sedang menyaksikan bola sepak. Kalau dah hantu bola tu hantu bola jugalah. Kat dewan bersalin pun jadilah. Yang menunggu sempat menonton perlawanan ... hehe .. kelakar juga ya ...

Sekitar jam 8.45 malam, mak dah hambat saya balik. Katanya dah lewat. Nanti mata saya tak nampak nak drive malam (Saya memang ada masalah sikit memandu pada waktu malam). Tambahan ketika itu hujan renyai-renyai. Jadi saya pun pulang membawa adik perempuan dan cinta hati saya yang bertiga itu pulang. Tetapi sebelum pulang, saya dan keluarga diberitahu oleh jururawat bertugas bahawa adik ipar saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 6 petang. Lihat tu, 6 petang sudah lahir tetapi sehingga jam 8.45 baru diberitahu, dengan alasan ramai yang lahir bayi serentak. Emmm ... salah satu kelemahan dalam pengurusan. Sekurang-kurangnya bagi tahulah awal-awal, tak lah kami sekeluarga macam orang 'gila' menunggu dan keresahan. ^_^.

Saya tak dapat melihat Sham pada malam itu. Mak suruh balik juga. Katanya mungkin lewat, Zana keluar dari dewan bersalin. Saya tinggalkan kamera pada adik lelaki saya. Saya pesan tangkap gambar Sham. Jangan lupa. Berulangkali saya ingatkan. Alhamdulillah inilah beberapa keping (yang saya paparkan di sini) adalah gambar Sham selepas beberapa jam dilahirkan.


Semoga kelahiran Sham akan menceriakan lagi keluarga saya yang semakin berkembang besar. Oh, ya pada malam itu juga, Malaysia digembirakan dengan kemenangan mengalahkan Indonesia pusingan pertama 3-0. Alhamdulillah 2 berita gembira yang saya terima serentak.

No comments:

Post a Comment