Friday, December 17, 2010

Awang Sudah Tiada



Pagi ni saya lihat awang terkujur kaku di rumah jiran saya. Seperti biasa sebelum pergi kerja, saya akan memberi makanan kepada kucing-kucing saya. Comel, Debu dan Tam setia menanti di muka pintu apabila pintu rumah dibuka. Cuma Awang sahaja tiada. Saya memanggil-manggil nama Awang tetapi tiada sahutan. Bila saya pergi ke tepi rumah, mengadap rumah jiran saya (Awang memang suka bermain dan tidur di situ, tambahan pula memang Tam melahirkannya di rumah jiran saya), saya lihat Awang terkujur kaku tidak bernafas. Saya panggil berulang kali tetapi Awang tidak bergerak. Saya tahu Awang pergi tinggalkan saya buat selamanya. Hanya dua bulan sahaja Awang bersama saya tetapi saya pasti akan merinduinya. Saya paling gemar menangkap fotonya. Saya akan rindu pada ekor kontotnya dan bagaimana dia mengejar saya bila dia lapar.

2 comments:

  1. :( ... bea sembur ngan ridsect ke?

    ReplyDelete
  2. hehe mana ader sembur .. no good bb hehe ...

    tiba2 sakit ... tak mo makan. kebetulan mak dia (Tam) bunting lagi, tunggu hari nak beranak. Jadi mak dia (Tam) tak mo bagi susu lagi kat awang. So awang putus susu sebenarnya. Dia kecik lagi. Pas tu tak mo makan lak .. lagilah ... dah kurus kering ....

    ReplyDelete