Thursday, September 16, 2010

Bahagianya



Assalamualaikum dan selamat pagi semua ...

Alhamdulillah pagi ni saya masih bisa menghirup udara nyaman. Terima kasih kepadaMU Ya Allah, kerana masih memanjangkan nyawa saya. Membolehkan saya menjalani kehidupan di muka bumi ini dan terus bersujud kepadamu.

Rumah saya pagi ni riuh rendah. Semalam dua orang anak buah kesayangan saya pulang. Saya sedikit merajuk dengan mereka. Mereka berlari-lari bila aku ingin memeluk mereka. Tak tahukah merekah bahawa saya terlalu menyayangi mereka. Tapi saya ni pun teruk juga, dengan budak kecil pun mahu merajuk... hahaha ... sebenarnya mereka cuma ingin bermain-main dengan saya. Bila saya tak endahkan, Danish datang kepada  saya duduk di atas riba saya. Saya tahu dia sayang kepada saya. Saya sering bertanya kepadanya, "Berapa banyak sayangnya pada saya" dan dia akan menunjukkan dengan tangannya betapa banyaknya sayangnya pada saya.

Alhamdulillah saya masih boleh menumpang kasih sayang anak-anak buah saya Merekalah segalanya buat saya. Cinta hati saya. Sebenarnya kalau ikutkan rasa hati, dah lama  saya teringin nak punya anak. Seronok sangat apabila budak-budak kecil dan mendengar suara mereka memanggil kita 'ibu'. Insya Allah, kalau ada rezeki saya untuk berkahwin dan punya anak suatu hari nanti, saya nak anak saya memanggil saya dengan gelaran 'ibu'. Suka sangat dengan gelaran ibu dari panggilan mama, mummy atau lain-lain. Rasa sejuk perut kalau ada yang memanggil kita ibu. Untuk bakal suami saya pula, terpulanglah pada dia, mahu anaknya memanggil apa. Tetapi saya suka dengan panggilan 'ayah'... hahaha ... berangan sahaja saya ni dipagi hari ni.

Akan adakah keadaan seperti itu buat saya? Dapatkah saya  membina keluarga saya sendiri nanti? entahlah ... jodoh semuanya di tangan Allah. Dia yang menentukan segalanya. Jodoh, maut, pertemuan dan perpisahan.

No comments:

Post a Comment