Wednesday, September 15, 2010

Salam Perkenalan



Assalamualaikum semua ....

Ini adalah catatan saya yang pertama. Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan kata-kata atau bicara di sini. Sedangkan ketika saya belum buat blog ini, banyak perkara yang bermain diminda dan banyak perkara yang telah dirangka di fikiran. Tetapi apabila saya duduk dihadapan komputer ini, saya terpaku, tangan saya kaku, otak saya buntu sama sekali.

Tapi yang pastinya, tujuan saya membuat blog ini adalah menulis kisah-kisah  saya pengalaman hidup saya yang tidak seberapa ini. Dunia saya kecil sahaja, rumah, kerja dan pulang ke rumah semula. Teman-teman saya pula ramai yang sudah bekeluarga dan ada sesetengah perkara saya tidak boleh berkongsi dengan mereka yang saya kenali di luar sana.

Salam perkenalan dari saya. Mungkin ada cerita kita hampir sama, mungkin juga sama, dan mungkin juga ada cerita kita yang berbeza sama sekali. Dan inilah dunia saya, kehidupan saya ....

"Aku ingin menjadi mawar merah, yang cantik dan harum baunya. Wanginya mawar yang bisa membahagiakan"

No comments:

Post a Comment