Monday, September 27, 2010

Danish oh Danish

Semalam dalam jam 9.30 malam, adik saya, Ana pulang ke rumah dari Grik. Sudah pasti rumah saya yang sunyi sepi kembali riuh rendah suara Pa dan baby Ara. Tetapi Danish memang dah tidur masa dah sampai. Jadi tidurnya memang sampai ke pagi. Jenuh saya mengusiknya supaya dia bangun, tetapi matanya tetap tertutup. Letih agaknya. Malam itu saya tidur dengan Danish dalam dakapan saya. Pa pula tidur dengan ayah dan maknya. Pa, manja ayahnya. tak leh berlekang langsung dengan ayahnya.

Danish pagi-pagi memang merajuk dengan saya. Entahlah sejak hari tu memang dia merajuk. Jenuh saya memanggilnya tapi buat bodoh jer. Bila saya peluk, mulalah meronta dan merengek. Sudah pasti ada perkara yang dia kecil hati ngan saya. Danish memang selalu merajuk dengan saya. Kalau dia balik, kalau saya tak sambut dia kat muka pintu, tengoklah muka dia, kelat jer. Begitu juga bila saya sambut atau peluk Pa atau baby Ara dulu , alahai tengoklah, sure dia akan lari kalau mawar nak cium atau peluknya. Marah memang tak boleh. Lagilah ... tapi paling best dengan saya je dia selalu macam tu. Mak selalu kata "Itu semua ikut perangai mak long dia" hahaha ya ke Danish ... tak apalah, janji mak  long tahu Danish sayang dengan mak long.

Sudah hampir jam 11 pagi baru Danish ok dengan saya. Dah ok, barulah tak berlekang. Makan kat sebelah kerusi mak long, gi kedai ikut mak long, ke mana-mana ikut mak long. Masa saya tidur petang tadi, tiga hingga empat kali Danish masuk ke bilik saya, bisik di telinga saya "Mak Long, bowling". Yang saya ni mata memang dah melekat, memang dah tak boleh nak buka, ngantuk sangat, semalam 3 pagi baru saya tidur. Mula-mula saya bagilah alasan, tapi kasihanlah pula. Dalam ngantuk-ngantuk tu saya, bangun, mandi bawa dia ke Tesco.

Sebenarnya Danish dan adiknya Pa memang suka ke Tesco. Kat Tesco ada tempat permainan untuk budak-budak. Kat sinilah dia suka main bowling atau main benda-benda lain. Kalau nak bawa, kena sedialah duitnya. Bukan nak main satu atau dua permainan hehe .. faham-faham ajerlah budak-budak. Kerana kasih sayang semua permintaannya saya ikut. Itupun tengok juga, kalau ada duit, kalau tengah pokai hehe maaflah yer ...

So kat sini saya letak gambar Danish yang saya sempat ambil. Gambar Pa tak ada. Sebab kebetulan adik saya datang kemudian ke Tesco, jadi adiknya Pa mengikut maknya. So cuma Danish jer lah dengan saya tadi. Lepas main, nampak pula belon upin dan ipin, merengek nak belon huhuhuhu .... nak beli satu, nanti bergaduh plak dengan Pa, jadi belilah dua belon, satu Upin dan satu lagi Ipin. Budak berdua ni peminat setia Upin dan Ipin. Pantang nampak, sure nak punya hehe ^_^

So tamatlah citer saya ngan cinta hati saya. Cuti hari ni memang melayan mereka berdua.

Lebarnya senyuman Danish ... seronok ya

Besarnya motor Danish

No comments:

Post a Comment