Monday, September 27, 2010

Sahabat Lama



Seronoknya bila bertemu sahabat lama. Masa saya bawa Danish ke Tesco petang tadi, saya terjumpa sahabat lama saya masa di sekolah menengah dahulu. Dia senior saya dan secara kebetulan dia juga adalah kakak angkat kepada kawan baik saya. Jadi hubungan saya dengannya masa di sekolah dahulu memang tersangat-sangat akrab dan sayalah yang akan menjadi orang tengah antara dia dan kawan baik saya. Kalau mereka bergaduh pun, sayalah tempat mereka berdua meluahkan masalah dan menjadi tempat rujukan. ^_^ Oh, ya lupa pula saya nak perkenalkan nama kakak ni, saya panggil dia Kak Jaaz sahaja. Dia ni kuat bersukan. Acara lumba lari dan lompat jauh. Saya selalu teman dia berlatih sukan. tapi cuma teman jer. Saya memang tak aktif sukan kecuali bermain bola baling.

Yang paling mengejutkan, dia dah punya anak. Yang besar dah berumur 4 tahun. Wah hebat tu. Saya pula macam biasalah terkena soalan cepu emas. "Dah kawin ke?" , "Ini anak ke?" (kebetulan saya bersama Danish ... hahaha soalan yang cukup malas saya nak jawab.

Seronok tak terkira bila berjumpa teman lama. Teringat kembali zaman sekolah yang paling indah. Cuma mak kepada kawan saya dah tak ingat saya lagi. Puas saya bagi tahu nama saya. Tapi dia dah lupa. Mak cik, saya selalu datang umah mak cik lepas sekolah. Saya siap makan tengah hari lagi kat umah mak cik, kadangkala hampir tiap-tiap hari. Kadangkala saya siap tidur lagi kat umah mak cik, bila petang baru saya balik umah. Tapi ialah dah berbelas-belas tahun tak jumpa, sedikit sebanyak wajah dah berbeza begitu juga dari segi gaya dan penampilan. Tapi mak cik, saya tak pernah lupakan mak cik dan kawan saya ni. Setiap kali lalu di depan jalan menuju ke arah rumah mak cik sure teringat. Tapi segan nak cari. Nombor telefon pun tak ada. Alhamdulillah buat sesekian lamanya kita berjumpa semula. Terima kasih yer mak cik sebab pernah melayan saya dengan baik sewaktu saya datang ke rumah mak cik. Buat kawan saya, persahabatan kita adalah cukup indah. Walaupun kita cuma bersama selama 3 tahun iaitu sejak saya tingkatan 4 hingga saya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 atas, tetapi banyak kisah suka duka, pahit manis kita lalui bersama. Belajar sama-sama dan berusaha untuk mencapai cita-cita kita. Alhamdulillah impian kita tercapai. Kak Jaaz, terima kasih atas persahabatan.

No comments:

Post a Comment