Thursday, September 16, 2010

Keseorangan

Jam sudah tepat jam 12 tengahari. Saya keseorangan di rumah. Mak dan adik-adik dah pergi ke rumah pak cik. Pak cik buat rumah terbuka hari ni untuk seluruh ahli keluarga. Makan-makan di rumahnya. Saya tidak pergi, kerana pak cik lambat memberitahu, saya sudah ada janji temu dengan kawan jam 3 nanti. Sebenarnya saya cukup bahagia dengan keluarga saya. Keluarga saya jenis yang riuh rendah. Kalau berkumpul ada sahaja yang dibual. Ceritanya pelbagai. Selalunya akan saya gelar persidangan parlimen kalau sudah cukup ahli-ahlinya.


Saya masih mengadap komputer. Inilah kerja saya, sejak dari dulu. Komputer dan diri  saya memang tidak dapat dipisahkan.Sejak dari dulu lagi, komputer saya adalah teman saya, dunia saya. Saya tidak seperti orang lain, punya waktu senggangnya, bersosial dengan teman-teman ... dunia saya hanya rumah dan pekerjaan. Kalau keluarpun hanya untuk membawa emak atau makcik atau membeli barang, dengan kawan, itupun jarang sekali. Bila hari cuti, celik jer biji mata, komputer yang akan dipasang dahulu. Dan komputer akan dipasang sepanjang hari. Sambil nonton tv saya leh layan komputer lagi, apatah lagi memasak, mengemas rumah ataupun mengadap kerja-kerja yang lain.

Teringat kata DIA kepada saya dulu waktu mula-mula perkenalan kami, "Awak ni sombong, asyik berladang sahaja" ... hahaha ... ia  saya asyik berladang ... aduhhh berladang di dalam komputer saya. Itulah hobi saya, main games kat facebook. Kira sekarang dah kuranglah sikit sebab saya hanya berladang di Farmville sahaja. Kalau dahulu dengan bela ikannya, buka cafe dan macam-macam lagi. Jenuh nak main. Kalau terlupa nak bagi makan, alamat tercungap-cungap ikan saya kelaparan ... hehe ... tapi sekarang tak sangat. Sejak saya kenali DIA dalam hidup saya. Sekarang juga saya cuba mempelajari banyak bahasa Indonesia. Kadangkala bila berbual dengan teman-teman saya di fb, saya perasan lenggok bahasa saya banyak yang dah tertukar ... hehehe... tapi apa-apa pun aku tetap cintakan bahasaku, budayaku, negaraku.Bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

No comments:

Post a Comment