Thursday, September 16, 2010

Reunion, Batch 1995 dan 1997



Assalamualaikum semua...

Jam 7 lebih baru saya pulang setelah bertemu dengan kawan-kawan. Janjinya jam 3 petang tadi. Perjumpaan semula dengan rakan-rakan sekolah. Ada yang hampir 15 tahun tidak berjumpa. Ada yang banyak berubah, ada yang masih sama dan ada yang makin bertambah cantik ... hehe ... cuma  saya sahaja yang tidak ada perubahan, tetap sama. Perjumpaan ini pun hanya dirancang disaat akhir, hasilnya 13 orang sahaja yang hadir. Walaupun hanya 13 orang sahaja, saya tetap bahagia. Kecohnya bagai nak pecah pizza hut tu. Sempat jugalah saya melihat orang lain yang datang makan di situ. Ada yang memerhatikan kumpulan kami dengan satu pandangan yang lain ... tapi nak buat macam mana, dah lama tak jumpa ... pelbagai cerita. Muka sahaja yang berbeza tetapi perangai tetap sama, tetap gila dan kecoh seperti dulu.

Seronoknya tidak terkira. Saya bersyukur sangat-sangat kerana masih boleh ketemu dengan teman-teman  lama ini. Zaman sekolah yang sangat indah sekali. Sukar dilupakan. Alangkah indahnya kalau waktu itu boleh diputarkan semula.

1 comment: