Friday, September 17, 2010

Lebaran Topat

Saya terbaca status seorang teman di dalam facebook berkaitan dengan Lebaran Topat. Tertanya-tanya saya apakah yang dimaksudkan dengan perayaan itu, mengapa ia disambut dan bagaimana ia disambut. Akhirnya setelah mencari maklumat menerusi website barulah saya tahu apakah yang dimaksudkan dengan lebaran topat.

Baru saya tahu bahawa Lebaran Topat ini diraikan selepas melakukan puasa sunat 6 hari. Biasanya masyarakat Lombok ini akan mengadakan puasa sunat pada hari raya kedua. Dan selepas selesai 6 hari berpuasa sunat barulah mereka meraikan Lebaran Topat. Barulah saya ingat kata teman saya yang berasal dari sana, katanya seluruh ahli keluarganya berpuasa sunat pada hari raya kedua. Saya ingat hanya keluarganya sahaja. Rupanya sudah menjadi tradisi bagi masyarakat di Lombok berpuasa sunat pada hari raya kedua dan apabila sudah genap 6 hari, mereka akan meraikan hari lebaran ini.

Sebenarnya cukup indah kalau kita mengetahui tentang budaya dan masyarakat yang berbeza dari kita. Banyak bezanya. Dan cukup menarik untuk dikaji dan diperhalusi. Dan sekurang-kurangnya dengan mengetahuinya, saya boleh menambah pengetahuan saya tentang budaya dan masyarakat sesuatu tempat. Tambahan sekarang pun saya memang mengajar serba sedikit tentang budaya dan masyarakat kepada pelajar-pelajar saya. Mungkin satu hari nanti boleh digunakan.

Dalam banyak-banyak website yang saya gi, saya dapat maklumat yang jelas tentang Lebaran Topat dari laman web http://melayuonline.com. Bukan setakat tentang Lebaran Topat sahaja tapi banyak informasi lain yang boleh didapati.

Sekian dahulu entri saya kali ni. Jangan lupa baca entri berikutnya yang  saya ambil dari laman web http://melayuonline.com.

No comments:

Post a Comment